CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5684|Reply: 21

Jual Kereta Untuk Tunai Umrah, Malangnya....

[Copy link]
Post time 4-4-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1.8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.


Seorang daripada mangsa Sharul Azuan Mohd Said, 46, berkata dia kecewa selepas hasrat untuk menunaikan umrah dan menyambut Ramadan di Tanah Suci tidak kesampaian.


Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban itu berkata, dia sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya pada 26 Januari lalu untuk dia, isterinya dan tiga anaknya menunaikan umrah.






"Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan, sebelum ini saya sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain.


"Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga.


"Apabila tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, sudah tutup," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Dia antara sekumpulan 70 jemaah umrah berkenaan yang membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.






Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.


"Kejadian seperti ini berlaku berulang kali setiap kali musim umrah dan haji. Mangsa sama ada terkandas di lapangan terbang atau hotel. Malah ada yang tak balik ke kampung, malu dah buat kenduri kesyukuran.


"Syarikat betul satu hal dan syarikat 'scam' pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi?


"Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal menunaikan umrah.


"Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan," katanya.


Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.


TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.


Jumaat lalu turut berlaku kekecohan di pejabat syarikat terbabit selepas kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat bagi menuntut semula bayaran yang dijelaskan.


Susulan kekecohan terbabit, syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan trip sempena Ramadan disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang.


Katanya, ia berikutan permintaan tinggi seluruh dunia selepas kelonggaran pada sekatan Covid-19 di Arab Saudi berbanding Ramadan tahun sebelumnya.





Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah penah pegi umrah tapi sampai jual kete sbb nak pegi lagi satu family.aku harap dia ni bukanlahlah  b40 atau  m40yg dok pertikai
b40  dapat bantuan kerajaan pegi haji tu la
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 4-4-2023 05:33 PM
Dah penah pegi umrah tapi sampai jual kete sbb nak pegi lagi satu family.aku harap dia ni bukanlahla ...

baru nak komen benda yg sama.
kegigihan sgt smpai jual kereta. hrpnya ada kereta lagi la utk kegunaan harian
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal la tiap tahun ada kes camni. Kesian yang jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak guna agensi yang memang tahu credible? TH travel, andalusia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp sampai jual kereta? End up kena tipu, benda sunat kan....anggap la duit hangus kiffarah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2023 07:39 PM | Show all posts
alesandra replied at 4-4-2023 05:33 PM
Dah penah pegi umrah tapi sampai jual kete sbb nak pegi lagi satu family.aku harap dia ni bukanlahla ...

dan bukanlah yang melalak minta keluar kwsp......

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 07:47 PM | Show all posts
mmm semua diam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 4-4-2023 05:44 PM
Kenapa tak guna agensi yang memang tahu credible? TH travel, andalusia?

Mungkin dia terpengaruh dgn iklan2 yg Emraz buat, mmg agak nampak credible di situ. Masa Kerajaan buka sempadan, Emraz lah yg fly Umrah terpaling pertama, siap masuk Buletin Utama. Bawa Asyraf Muslim lagi, tunjuk perjalanan daripada Malaysia, sampai pelusuk2 bilik, jenguk tingkap nampak Kaabah, turun lif terus sampai Masjid.
Pastu bila kelonggaran yg kali kedua tu, Emraz gak yg pertama sekali fly, pun masuk berita.

So, mmg nampak credible lah, sebab yg terpampang tu bukan calang2 sykt yg boleh atur perjalanan gi Umrah time tu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 10:01 PM | Show all posts
tahanie replied at 4-4-2023 05:44 PM
Kenapa tak guna agensi yang memang tahu credible? TH travel, andalusia?

Memang dua syarikat di punya rekod baik,credible.
I pergi umrah februari lalu. I tak pilih dua syarikat ini adalah kerana lokasi hotel mereka di mekah dan madinah adalah jauh.
I pilih TA yang I pergi tu sebab hotel dekat. Mekah stay di Safwah tower dan Madinah di Maden hotel. I dapat bilik yang nampak mesjid nabawi. Juga I pilih syarikat yang ada option untuk naik high speed train.

Maybe ini adalah diantara kriteria2 yang orang akan pilih TA lain selain drp TH dan Andalusia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 4-4-2023 07:51 PM
Mungkin dia terpengaruh dgn iklan2 yg Emraz buat, mmg agak nampak credible di situ. Masa Kerajaan  ...

tokei tk cukup duit nak cover iklan dlm buletin utama & kos bayar asyraf muslim, pastu songlap duit jemaah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 10:23 AM | Show all posts
Kadang2 pak aarab yg main rega pun satu hal jugak. Dah booking bilik tapi org lain yg duduk bilik tu mcm famili mertua pergi baru2 ni tapi bukan dgn Emraz tapi pergi dgn TA lain. Masuk bilik tengok ada beg org lain dlm tu huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 10:45 AM | Show all posts
Perlu ke buat kenduri kesyukuran bila nak buat umrah?…
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 5-4-2023 10:57 AM

Alang alang semua kos dah naik, baik buat umrah cara DIY je.Nak dapat hotel yg dekat kena lah sanggup bayar berganda ganda tinggi dr guna  TA. Ramai jgk puak mampu sanggup pergi cara ni. Depa maukan privasi, makan dihotel dan tak bersesak sesak  makan dgn jemaah dr Indon semua tu. Sebab puak ni sanggup bayar tinggi tu yg ada hotel yg TA dah book tp tak dapat. Kena tukar hotel yg lebeh jauh.
TA bayar deposit 25 % je pun..puak kaya raya DIY dr timur tengah sanggub bayar berganda ganda
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 10:55 AM | Show all posts
rikiruj replied at 5-4-2023 10:45 AM
Perlu ke buat kenduri kesyukuran bila nak buat umrah?…

Daripada i dengar, ustaz abu anas madani kata 'buat kenduri kesyukuran lepas balik drp umrah dan bukan sebelum
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 4-4-2023 10:01 PM
Memang dua syarikat di punya rekod baik,credible.
I pergi umrah februari lalu. I tak pilih dua sya ...

Dekat jauh hotel tu bergantung pakej yg uols ambik. Iols pegi ngan dua2 agensi tu, dok 50m jer dari masjid. Ke ada yg lebih dekat lagi, sebelah pintu masjid ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 11:24 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 5-4-2023 11:20 AM
Dekat jauh hotel tu bergantung pakej yg uols ambik. Iols pegi ngan dua2 agensi tu, dok 50m jer dar ...

Ohh ada pakej yang hotel dekat ke?
Satu lagi kriteria yang I tak pilih 2 TA ni ialah pada date yng I nak pergi tu mereka masuk Madinah dulu. I cari yang masuk Mekah dulu
Alhamdulillah I made the right choice sebab dapat bawa bali air zam2 drp madinah. Tidak boleh bawa balik jika balik drp Jeddah melainkan dengan visa umrah.
Apa2 pun consumers boleh buat pilihan mengikut apa yang mereka nak cuma kena berhati2 dengan TA yang dipilih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 11:27 AM | Show all posts
Kalau haji yang wajib pun jadi gugur kewajiban kalau sampai nak kena jual kenderaan (melainkan ada kenderaan lain yang boleh guna), inikan umrah.

Alahai.

Btw, kadang2 bukan TA yg problem, tapi TA pun jadi mangsa kena buli dengan pihak kat sana. Sebab kalau Emraz ni macam tak penah dengar pulak dia scam jemaah.
Kan kita dah dengar macam2 cerita. Ada yang jemaah kena keluar hotel, sebab ada pihak yang tawarkan bayaran lebih lumayan.

Macam aku dulu kena check out awal sehari disebabkan hal cam ni.

Bukan senang nak berurusan dengan pak arab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 12:16 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 5-4-2023 11:27 AM
Kalau haji yang wajib pun jadi gugur kewajiban kalau sampai nak kena jual kenderaan (melainkan ada k ...

namnpak gayanya PPIM kene pergi gertak tokey 2 hotel arob tu la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 4-4-2023 06:39 PM
Dah knp sampai jual kereta? End up kena tipu, benda sunat kan....anggap la duit hangus kiffarah

Nak beli kereta baru lah tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 1.369889 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list