Amy berkata, dia tidak bercadang menaikkan semula nama di persada industri termasuk menyertai mana-mana pertandingan realiti.
"Saya tiada perancangan untuk menaikkan semula nama. Tawaran untuk sertai sebarang pertandingan seumpama itu juga ditolak.
"Saya tidak mahu rasa susah dan berada dalam persaingan, apatah lagi, peserta lain boleh jadi dalam kalangan kawan-kawan saya.
"Saya tidak suka suasana persaingan atau pertandingan kerana akan timbul pelbagai perasaan nanti. Untuk hiburkan orang sahaja saya boleh, tetapi kalau bertanding saya elak," katanya.
Mengulas mengenai karier lakonan sepanjang Ramadan, Amy mengelak daripada mengambil tawaran kerana mahu memberi tumpuan kepada objektif memperbaiki diri sepanjang bulan mulia ini.
"Setakat ini, saya tidak ambil tawaran. Kalau saya ambil, mungkin akan sibuk nanti. Jadi, usaha untuk memperbaiki diri akan terbantut.
"Jadi, apa-apa sahaja tawaran lakonan pada Ramadan, saya tidak ambil kecuali beberapa projek yang sudah dipersetujui dari awal.
"Tetapi, bukanlah bermakna saya berhenti terus. Saya mungkin akan kurangkan sahaja berbanding yang pernah diambil sebelum ini.
"Saya mahu cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri kerana saya sudah semakin berusia. Tidaklah banyak tawaran yang ditolak, cuma beberapa sahaja," katanya yang akan kembali aktif selepas Aidilfitri.
Sumber: BH ONLINE
Amy berkata, dia tidak bercadang menaikkan semula nama di persada industri termasuk menyertai mana-mana pertandingan realiti.
"Saya tiada perancangan untuk menaikkan semula nama. Tawaran untuk sertai sebarang pertandingan seumpama itu juga ditolak.
"Saya tidak mahu rasa susah dan berada dalam persaingan, apatah lagi, peserta lain boleh jadi dalam kalangan kawan-kawan saya.
"Saya tidak suka suasana persaingan atau pertandingan kerana akan timbul pelbagai perasaan nanti. Untuk hiburkan orang sahaja saya boleh, tetapi kalau bertanding saya elak," katanya pada sedia media mengumumkan tawaran istimewa Aidilfitri oleh Guardian dan tayangan video Guardian Raya Untuk Semua di ibu negara, baru-baru ini.