CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Mohon Ruang Peribadinya Dan Keluarga Dihormati

4-4-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5162| Komen: 8

Shila Amzah, 33, memohon ruang peribadinya dan keluarga dihormati ketika ini dalam dugaan dihadapi berikutan pelbagai spekulasi hangat mengenai rumah tangga ibu bapanya, ND Lala dan Fauziah Sarman ketika ini.


Pengurus Global Shila daripada pengurusan Shila, Greyscale Australia iaitu Darren Kong berkata, pihaknya menyedari spekulasi berkaitan keluarga Shila itu.

Foto: IG

"Greyscale Australia sebagai pengurusan global eksklusif untuk Shila Amzah mengakui spekulasi mengenai situasi dihadapi keluarganya.

"Memandangkan spekulasi itu tidak berkaitan dengan operasi komersial syarikat, kedudukan kami kekal neutral, kerana ia bukan dalam bidang kuasa kami untuk mengulas mengenai perkara itu.

"Sebagai pengurus Shila dan kenalan lamanya serta keluarga, saya menggesa semua orang untuk menghormati ruang peribadi mereka. Saya percaya sokongan yang paling membina perlu diberikan kini ialah masa dan ruang untuk Shila sekeluarga mengharungi cabaran kehidupan itu.




"Kami di Greyscale Australia akan selalu memberi sokongan terbaik kepada Shila tanpa jemu, saya turut mendoakan agar Shila dan keluarganya terus kuat untuk menghadapi masa yang mencabar ini," katanya.

Dalam kenyataan itu, Darren turut menyifatkan Shila seorang ibu yang kuat dan misi hidupnya ialah kesejahteraan anak tersayang, Seth Uwais.


Katanya, Shila juga komited dengan urusan kerjaya seni berikutan fokus utama tahun ini pastinya terhadap kejayaan konsert yang dijayakannya.

Semalam, ibu Shila, Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu LangatND Lala didakwa sudah berkahwin dua.


Sebelum ini, timbul desas-desus mengaitkan bapa Shila didakwa kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya serta dikatakan rakan sekolah penyanyi popular itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bawang123 5-4-2023 10:15 AM
Tapi upload kisah di media sosial, what for?
Quote kepompong 5-4-2023 10:17 AM
Greyscale Australia tu pepandai la pantau xila & family apa boleh upload, apa yg tak. Netizen takde kena mengena la dgn Darren Kong
Quote lasagna 5-4-2023 10:40 AM
ada aku kesah? ehh xde sape kesah pun lah cite parents ko ni..
Quote edoraixora 5-4-2023 11:18 AM
pepandai lah handle shila oiii
cumanya jangan poyo2 sangat, nanti kena boikot lagi dek reporter
Quote AznieBunnie 5-4-2023 11:35 AM
Bawang123 replied at 5-4-2023 10:15 AM
Tapi upload kisah di media sosial, what for?

kan...

tutup je semua socmed senang...
dah anak beranak berebut nak up stories, tetiba sila respek...
Quote dudaberhias 5-4-2023 12:02 PM
tak masalahnyaaaa sape kisah pasal ruang peribadi ko tu???

yang gigih tanya kau pun wartawan jah... acik2 porum tak kosser pun nak ambil tau pasal shibai ni... yihhh...

pasal nd lala tu pun kami tak kosser pun nak tahu apa kes... dah tua gayut dengan ciknek tewas tak mampu naik dah pun... so? apa yang harus kami sibukkan... bf ko pun tak herlokkk... ko pun gundu... dari sibuk pasal hal family kau ni... lebih elok kami sibukkan pasal si dd... kurang2 dd tu herlok... berlakon pun bagus...
Quote LadyCarefree 5-4-2023 12:11 PM
u do not deserve the respect.
Quote umbut 5-4-2023 12:55 PM
Edited by umbut at 5-4-2023 12:56 PM

Mak shila ni baru tau kena madu ke. Sebab sebelum ni kat ig story tgk jln pegang tangan mesra2 walaupun forum dah ada thread kena madu now baru nak mintak cerai

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057240 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top