CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Sayang Awak Nur Aurora – Farid Kamil

3-4-2023 04:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11013| Komen: 82|Original author: Tatod


Meskipun menerima ‘serangan balas’ bertalu-talu daripada Diana Danielle, pelakon Farid Kamil sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila memuat naik hantaran Instagram berkongsi luahan kerinduan terhadap anak keduanya, Nur Aurora.

Dalam hantaran tersebut, pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari, 42, berkenaan memuat naik foto-fotonya dengan Aurora yang digabungkan menjadi sebuah video selain disertakan dengan lagu Little Girl dendangan Maher Zain.

“Nur Aurora Robe’ah, saya sayang awak ‘my grapeapplepie’ (panggilan manja Aurora),” tulisnhya dalam ruangan kapsyen.


Sementara itu, rata-rata pengikut Instagram mendoakan agar rumah tangga Farid dan Diana kembali pulih, sekali gus dapat memberi kebahagiaan kepada dua anak mereka.

“Semoga dapat selamatkan rumah tangga, harap doa pada bulan Ramadan ini termakbul,” komen netizen.

“Farid seorang suami dan bapa yang sangat-sangat kasihkan anak- anaknya.

“Dia juga kuat berpegang pada tali Allah SWT. Pasti ada hikmah untuk Farid,” kata pelakon Ellie Suriaty dalam ruangan komen.

Sejak semalam, perbalahan antara Farid dan Diana semakin meruncing apabila timbul isu Aurora trauma kerana dimarahi kerana memetik cili di rumah jiran.

Tidak terhenti di situ, hari ini pelakon filem Magika itu sekali lagi memuat naik hantaran mendakwa suaminya masih belum memberi nafkah sejak empat bulan lalu selain tidak mengggantikan semua kos perbelanjaan mereka sekeluarga sepanjang menunaikan umrah Februari lalu.

Farid juga dituduh berdepan ketidakstabilan emosi sehingga menjadi panas memarahi dan menghukum anak perempuannya secara keterlaluan.


Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid yang bakal hadir dengan filem terbaharu berjudul Anwar: The Untold Story enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Selepas proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) baru-baru ini, Diana juga, menyebut perkataan ‘tanggungjawab’ adalah alasan mengapa dia nekad untuk bercerai dengan suaminya selain mengatakan bahawa Aurora kini trauma.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake.



Sumber: KOSMO! ONLINE, IG FARID KAMIL


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-4-2023 05:03 PM
waktu tengah waras ni sayang la... cuba kalau tengah kacip patimah???
dengan polis2 pun kau hempuk... silap2 si aurora ni pun ko smackdown siap flying elbow!

kalau iols jadi DD iols dah hantar anak2 semua masuk kelas gusti, tomoi, taekwondo...
supaya dah besar2 nanti kalau bapa deorang buat hal... biar deorang hempuk dan smackdown bapa deorang tu ala2 si zarina sabut nyoq kena hempuk dan smackdown dek anak dengan reda... kita tak tahu kan bila dah tua2 nanti macam mana peelnya orang kacip ni...
Quote awanearisu 3-4-2023 05:06 PM
Selagi rasa bersalah dan perkataan maaf itu tiada, lupakan sahajalah. Maaf itu sesungguhnya perkataan yang amat mahal di mulut mereka yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan.
Quote matjerk 3-4-2023 05:21 PM
Robe'ah nama anak dia
Quote firasAli 3-4-2023 06:27 PM
Sayang robeah, tapi suruh robeah tido tepi jamban
Quote EncikRhoma 4-4-2023 11:37 AM
Kesian si be'ah
Quote vanillaninja 4-4-2023 12:41 PM
Robe'ah tu memang nama sebenar si Aurora ni ke uols?
Quote kamexkame 4-4-2023 12:43 PM
matjerk replied at 3-4-2023 05:21 PM
Robe'ah nama anak dia

Tula baru tauu. Betul2 ke ada nama tu
Quote matjerk 4-4-2023 02:08 PM
Pray for be'ah n cikmat
Quote bedahmenjuyah 4-4-2023 02:21 PM
DD tgh marah tu. Ko buat mcm ni lagi la DD nak lari jauh dr ko parit!
Quote bedahmenjuyah 4-4-2023 02:22 PM
Btw cute nama be'ah tu. Mmg nama betul ke?
Quote hzln 4-4-2023 02:46 PM
Ada stengah ummah urban mmg letak nama atuk nenek moyang kat nama anak, klasik katanya
Quote hzln 4-4-2023 02:50 PM
awanearisu replied at 3-4-2023 05:06 PM
Selagi rasa bersalah dan perkataan maaf itu tiada, lupakan sahajalah. Maaf itu sesungguhnya perkataa ...

Tak ada makna perkataan maaf tu kalau takat di bibir saja, lebih lagi kalu mat pet, tanda penyesalan yg sebenar adalah ko gi check-in rehab, selagi ko tak betul2 clean jgn ko kluar, dah ko sayang sgt anak, sayang sgt rumahtangga ko kan? Selain dr itu, BS belaka
Quote simone.bette 4-4-2023 02:51 PM
Time sihat memang la sayang.. time barang dlm badan bukan ko heran pun anak ko tu.. layan dunia kacip timo lagi enak ye tak.. udah la parit ngomong kosong.
Quote totokreturn. 4-4-2023 04:07 PM
bawa bawa la berenti dari mengacip fatimah tu
Quote Nurkaseh01 4-4-2023 04:08 PM
Bila tgk apa yang dd cerita I rasa seram pulakkk
Quote missHaidiD 4-4-2023 04:30 PM
Cuols nk tnya skrg porum tak bole attach gmbr ke
Quote moonela 4-4-2023 04:44 PM
missHaidiD replied at 4-4-2023 04:30 PM
Cuols nk tnya skrg porum tak bole attach gmbr ke

Semalam iols try pun tak boleh via mobile phone..
ingatkan survey yang problem..
Quote sukacactus 4-4-2023 05:35 PM
Robeah nama arwah opah aku tu
Quote green~tea 4-4-2023 05:36 PM
FaK, kalo sayang anak bini.. ko buang laaa ketagihan dadah tu dulu

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.100120 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top