Sementara itu, rata-rata pengikut Instagram mendoakan agar rumah tangga Farid dan Diana kembali pulih, sekali gus dapat memberi kebahagiaan kepada dua anak mereka.
“Semoga dapat selamatkan rumah tangga, harap doa pada bulan Ramadan ini termakbul,” komen netizen.
“Farid seorang suami dan bapa yang sangat-sangat kasihkan anak- anaknya.
“Dia juga kuat berpegang pada tali Allah SWT. Pasti ada hikmah untuk Farid,” kata pelakon Ellie Suriaty dalam ruangan komen.
Sejak semalam, perbalahan antara Farid dan Diana semakin meruncing apabila timbul isu Aurora trauma kerana dimarahi kerana memetik cili di rumah jiran.
Tidak terhenti di situ, hari ini pelakon filem Magika itu sekali lagi memuat naik hantaran mendakwa suaminya masih belum memberi nafkah sejak empat bulan lalu selain tidak mengggantikan semua kos perbelanjaan mereka sekeluarga sepanjang menunaikan umrah Februari lalu.
Farid juga dituduh berdepan ketidakstabilan emosi sehingga menjadi panas memarahi dan menghukum anak perempuannya secara keterlaluan.
Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid yang bakal hadir dengan filem terbaharu berjudul Anwar: The Untold Story enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Selepas proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) baru-baru ini, Diana juga, menyebut perkataan ‘tanggungjawab’ adalah alasan mengapa dia nekad untuk bercerai dengan suaminya selain mengatakan bahawa Aurora kini trauma.
Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake.
Sumber: KOSMO! ONLINE, IG FARID KAMIL