Dua maut selepas terjun dari belon udara panas yang terbakar ketika terbang berhampiran tapak arkeologi Teotihuacan yang terkenal di Mexico, kelmarin. Difahamkan, kerajaan Mexico dalam satu kenyataan turut memaklumkan seorang kanak-kanak melecur dalam kejadian itu.
Dua mangsa dikenal pasti iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang lelaki berusia 50 tahun, namun tiada nama diberikan. Dikatakan kanak-kanak itu mengalami lecur tahap kedua di muka serta patah tulang paha kanan. Ia tidak menyatakan sama ada terdapat penumpang lain di atas belon itu. Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan gondola belon itu terbakar, di langit yang sangat cerah. Beberapa pengendali pelancongan menawarkan penerbangan belon melalui Teotihuacan, kira-kira 45 batu (70 kilometer) timur laut Mexico City, dengan harga sekitar $150.
Dengan Piramid Matahari dan Bulan, dan Avenue of the Dead, Teotihuacan menjadi destinasi pelancongan yang popular, antara monumen zaman pra-Columbus yang masih ada. Sumber:Harian Metro
|
ADVERTISEMENT