Seorang anak membuat luahan di media sosial, mengaku runsing mengenangkan permintaan ibu bapa yang tidak mampu ditunaikan buat masa ini. Tanpa mendedahkan identiti, katanya pendapatan bulanannya adalah rendah dan tidak mampu untuk memenuhi kehendak orang tuanya yang mahu dia memiliki sebuah kereta import.
“Saya cuma nak meluah tentang sedikit ringkasan masalah saya. Dengan gaji RM1,500 (sebulan), ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda. “Kereta idaman katanya. Tapi saya tahu tak mampu,” katanya yang mengakui sedih. Dalam masa yang sama dia juga mempunyai tanggungan lain yang perlu difikirkan. Dia dan adik beradik yang lain juga perlu menghulurkan wang untuk ibu bapa mereka yang sudah tidak mempunyai pendapatan. Disebabkan sikap orang tuanya yang tidak memahami situasinya, dia terpaksa meluahkan isi hati dengan harapan mendapat satu jalan keluar daripada masalah ini.
“Ibu seorang suri rumah, ayah sudah tak bekerja sejak sakit. Setiap bulan kami adik beradik akan bagi duit dekat parents kami sebab mereka memang tak ada income. “Saya jadi sedih sebab mereka selalu bercakap pasal anak orang lain yang berjaya. Sampai satu hari, saya cakap, boleh tak kalau kita hidup sederhana dan apa adanya. “Ringkasnya, saya sebagai anak, berharap ibu bapa dekat luar sana, daripada cakap bila nak pakai Honda? Bila nak kerja lain boleh beli Honda? mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus-bagus dapat beli Honda,” ujarnya. Dia juga meminta maaf seandainya ada yang tidak sependapat dengan dirinya dan jika dia terlebih emosi dalam membuat luahan yang kemudian dikongsi di akaun Twitter @ConfessTweetMy. Ramai warganet tampil memberikan pendapat juga berkongsi kisah mereka yang hampir sama. “Saya belajar untuk tidak dengarkan kata-kata ibu bapa membuta tuli. Terutama dari segi wang ringgit dan kerjaya lagi-lagi kalau perjalanan awak berbeza dengan dia, “Fasal perbelanjaan ni jangan dengar cakap orang lain. ‘Dengar’ pada dompet sendiri. “Mak ayah tak tahu ke gaji anon berapa? Kalau nak sorok, boleh. Cakap saja dah try minta pinjaman tapi kena gelak dengan banker atau salesman Honda pun gelak. “Kalau masih kena tekan juga, beritahu saja kisah sebenar yang sadis. Harap mereka faham. Mungkin mereka fikir anak semua berduit sebab sentiasa beri duit,” ujar netizen. Tidak dapat dinafikan seorang anak perlu membahagiakan ibu bapa masing-masing tetapi dalam masa sama ibu bapa juga perlu lebih peka dengan kemampuan anak terutama golongan yang baru mahu membina kehidupan. -CARI Sumber: mStar
|
cikatilia replied at 3-4-2023 02:43 PM
drama sgt
RM1500 lepas deduct EPF pon susah nak dpt loan axia unless pakai 2 guarantor kan xsilap
xp ...
prizadane replied at 3-4-2023 02:56 PM
Kan? Aku kalau jadi budak ni, submit je loan kat Honda. Bawa mak bapak dia ikut sekali. Kahkahkah. ...
lyshafull replied at 3-4-2023 02:49 PM
Ko buat loan pun x lpas weyh
Inginkn nk pakai honda
Back to reality la adik oi
prizadane replied at 3-4-2023 02:56 PM
Kan? Aku kalau jadi budak ni, submit je loan kat Honda. Bawa mak bapak dia ikut sekali. Kahkahkah. ...
ADVERTISEMENT