Boleh ke hantu menyerupai manusia? Persoalan yang bermain di benak fikiran wanita ini apabila teman lelakinya mendakwa wujud entiti misteri yang menyerupai dirinya. Nur Atiqah, 32, yang menetap di Sengkang, Singapura, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.30 malam, kira-kira dua minggu sebelum umat Islam menyambut bulan suci Ramadan.
"Teman lelaki saya datang ke rumah, kami menikmati McDonald's bersama anak lelaki saya, Adam yang berusia lima tahun. Kemudian dia pun balik rumah. Biasanya bila dia balik, dia akan hantar live location sejurus keluar rumah saya dan akan video call selepas sampai rumahnya. "Saya juga ada tabiat yang mana saya akan berdiri di tingkap dapur untuk perhatikan dia sampailah dia naik motor dan bergerak pulang. Rumah saya tingkat dua. Tapi pada malam kejadian, saya tak pergi perhatikan dia di tingkap. "Selepas dia keluar rumah saya dan hantar live location, saya terus masuk dalam bilik bersama anak. Tapi tiga minit selepas dia hantar live location, terus dia video call saya," katanya kepada mStar. Menerusi panggilan video itu, Atiqah dimaklumkan oleh teman lelakinya bahawa dia melihat entiti wanita menyerupai dirinya sedang memerhatikan dari tingkap. Ujar Atiqah yang menetap di kediaman itu bersama anak tunggalnya serta seorang pembantu rumah, dia mula cuak selepas mendengar kata-kata teman lelakinya memandangkan dia sudah berada di dalam bilik tidur. "Selepas dia hantar live location, dia call dan tanya sayang kat mana? Dia juga tanya, adakah sayang yang berada dekat tingkap? Saya kata tidak, saya dalam bilik. "Terus dia cakap, jadi bukan awaklah yang dekat tingkap tu? Saya kata itu bukan saya, jangan takutkan saya. Masa tu saya dah boleh agak apa yang berlaku. Jadi saya tanya dia, adakah 'saya' masih ada di tingkap? Dia menoleh dan dia kata tak ada dah," kata ibu tunggal itu. Selepas itu, lelaki berkenaan terus bergerak pulang seperti biasa dan menghubungi Atiqah 20 minit kemudian sejurus dia tiba di kediamannya. Pada waktu itu, teman lelaki Atiqah mula memperincikan apa yang berlaku, sekali gus membuatkan kedua-dua mereka bingung dengan kejadian misteri tersebut. "Selepas dia sampai rumah, dia hubungi saya. Saya pun tanya dia. Kalau awak rasa tu saya yang berdiri dekat tingkap, kenapa awak video call saya tadi? "Dia kata sebab 'benda' tu nampak (kelihatan) macam saya. Tapi saya hanya memandang ke arahnya. Teman lelaki saya cuba buat gaya comel dengan tangan, tapi 'benda' tu tak respons. Jadi dia terus rasa lain macam, dia beranggapan itu bukan saya. "Saya cerita pada mak. Mak kata 'benda' tu dah kaji rutin saya dan teman lelaki. Rutin kami adalah, setiap kali teman lelaki saya nak naik motor untuk balik, mesti saya akan lambai "Tapi sebab malam tu saya tak pergi tunggu di tingkap dan lambai seperti kebiasaan, 'benda' tu gantikan tempat saya dan ganggu teman lelaki saya," ceritanya panjang lebar. Menurut ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu, dia turut demam sejurus berkongsi mengenai kisah seram itu menerusi aplikasi TikTok. Mengulas tanggapan sesetengah pihak yang meragui kisah itu, Atiqah berkata dia tidak kisah dengan komen netizen, sebaliknya sekadar berkongsi secara suka-suka sahaja. "Saya tak kisah orang percaya atau tak. Masa saya kongsi di TikTok pun, saya tak sangka ia akan viral. Ada beberapa kejadian berlaku, tapi saya tak trauma. Seram tu ada tapi kena beranikan diri sebab saya tuan rumah. "Saya tak ada pendamping atau saka, setakat yang saya tahulah. Yang komen kata saya ada saka atau pendamping tu, biarlah. Saya pun demam selepas kongsi cerita ni," ujarnya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
airfilterkotor replied at 3-4-2023 02:28 PM
Jawapan:
Bibik dia la tu.
Kan balak dia kata takde respon bila dia buat-buat aksi comel.
midori888 replied at 3-4-2023 02:50 PM
Kannn meols rasa bibik dia jer.....sbb dlm umah tu ada 2 ppuan dewasa, maybe bentuk badan lebih ku ...
ADVERTISEMENT