Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dibunuh dan dirogol dengan kejam. Mangsa dibunuh dengan cara dilemaskan sebelum memperkosa mayatnya. Kejadian berlaku dekat Pantai Malalayang, Manado, Sulawesi Utara, pada Selasa lalu.
Susulan itu, seorang suspek dari Kalawat, Minahasa Utara ditahan kerana membunuh. Difahamkan, suspek merupakan rakan kepada abang mangsa. Pegawai polis daerah Sulut, Aipda Hermanus Panila berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang Selasa lalu. Menurutnya, suspek membawa mangsa ke kawasan kampung baharu Pantai Malalayang. "Setiba di sana, suspek memaksa mangsa membuka bajunya. "Mangsa yang enggan diperlakukan demikian kemudian dilemaskan oleh suspek di dalam air sehingga mati," katanya. Tambah Hermanus Panila, mayat mangsa kemudian disembunyikan dalam timbunan batu.
Bagaimanapun, mayat mangsa ditemukan oleh penduduk setempat sehingga membawa kepada penahanan suspek.-CARI Sumber: mStar/ Kompas
|
ADVERTISEMENT