CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Maut Dalam Tidur, Kecewa Tunggu Anak Mungkir Janji Nak Buka Puasa Bersama

3-4-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4953| Komen: 13

Seorang pelayar Facebook berkongs kisah meruntun jiwa membabitkan seorang ibu warga emas di sebuah pusat jagaan.

Menurut Shafa Nizam, ceritanya berlaku di bulan puasa, di mana si ibu begitu teruja apabila mendengar perkhabaran bahawa anaknya yang sudah dua tahun tidak bersua mengajaknya iftar bersama.


“Dua tahun tak datang jumpa mak. Tiba waktu puasa janji nak datang ambil mak di rumah orang tua untuk berbuka sekali.

“Si mak ni punya teruja, pukul 5 pagi sudah bersiap. Sedangkan anak nak datang ambil 5 petang. Sampai doktor yang di rumah orang tua tu cakap dia pakai baju cantik,” imbas Shafa.


Gambar Hiasan

Menurut si ibu, dia sengaja bersiap awal kerana tidak mahu anaknya menunggu lama jika sampai waktunya nanti.

Namun menurut cerita Shafa lagi, walaupun sudah ditunggu sejak awal tadi, anak makcik tersebut tidak muncul-muncul.


“Bayangkan sampai pukul 5 petang tak datang ambil. Pukul 6 petang masih tak ambil. Sampai lepas waktu berbuka tak datang.

“Makcik tu masuk dalam bilik dia tanpa makan walau sebutir nasi. Dia terus tidur,” katanya.

Lebih memilukan, difahamkan wanita lanjut usia itu dijemput Ilahi ketika dalam tidur.

“Bayangkan esok pagi apabila doktor gerak dia dah meninggal. Ya Allah sayunya hati. Doktor cakap makcik tu meninggal dalam keadaan tertekan.

“Allahuakbar, jadikan cerita ni sebagai satu tauladan buat aku. Janganlah kau bolak balikkan hati ini,” katanya.

Ternyata orang ramai begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa ibu berkenaan apabila pengakhiran hayatnya dalam keadaan merindui anak-anak.

"Allah sedihnyaaa. Tergamaknya anak-anaknya buat orang tua macam tu. Minta jauh daripada keluarga keturunanku sebegitu.


"Allahuakbar, sedihnya. Sebagai seorang ibu dapat merasakan bagaimana perasaannya menunggu anak-anak yang janji nak ambil tapi tak datang.

"Anak tak mengenang jasa. Jangan menyesal suatu hari nanti anak awak akan buat macam tu dekat awak juga,” demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-4-2023 11:26 AM
[tiktok]7216739759815740678[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@sue_izrai/video/7216739759815740678

Quote shernazz 3-4-2023 11:41 AM
Iols baru.tengok semalam kat fb..
Sedih yach...
Btol2 buang mak dia ke apa ..

Kalau kat rumah orang tua bawah jkm..biasanya takde waris atau warisnya berlainan jantina ..mcm anak saudara ke apa..
Quote sayurmayur88 3-4-2023 12:16 PM
sedihnya baca...
Quote midori888 3-4-2023 12:18 PM
Kesian....
Quote reenz013 3-4-2023 12:29 PM
sedihnya....time2 bulan ramadan pulak
Quote zehra2 3-4-2023 12:41 PM
Edited by zehra2 at 3-4-2023 12:44 PM

Allahuakbar. asyik2 cerita sedih je kaitan org tua dan hari raya.
aku mmg menjaga ibuku seorang diri. bila aku ke sekolah ada helper dtg tunggu mak dirumah.
tp buat diri aku sendiri, aku mmg bercadang nk tinggal dirumah persaraan je bila dah tua nanti. lg pun aku tk kawin. tk kan lah nk menumpang hidup dlm keluarga adik pulak.
jd bila dah tiba masa nanti, aku hrp kisah ku akan mengubah persepsi sedih warga emas yg tinggal dirumah kebajikan.
kenapa nk susahkan anak kalo dia pun kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg.. ndak ke tgk anak bercerai berai kerana sikap org tua .
bersyukur la mokcik bila hidup terbela, bersih. cukup mkn pakai dari hidup daif dlm pondok. belum lg nk dgr anak menantu membebel menyakitkan hati. mokcik pun ada lbh byk masa nk beribadah. tkde susah kn sapa2 janji mokcik sihat.
Quote eyansss 3-4-2023 01:38 PM
kalau taknak datang, jangan janji...
Quote matjerk 3-4-2023 06:33 PM
zehra2:  Edited by zehra2 at 3-4-2023  ...

Kisah mokcik ni anak janji nak dtg. Tp tak dtg2.
Quote hareeeesah 3-4-2023 09:53 PM
Datang jenguk pun dh bersyukur sgt org tua ² ni, bkn nak mkn ke apa sgt pun. Dtg borak seminggu sekali sebulan sekali pun bahagia hati dorg..
Quote aechae 3-4-2023 10:23 PM
I suka dengar pesanan ustaz tu utk 4 org si anak tu…viralkn lg kisah ni biar smpai kt 4 org anak tu…
Quote ujio 3-4-2023 10:32 PM
Aduhhh...sedihnyaaa..
Quote Nham22 3-4-2023 11:16 PM
Sapela 4 org tu... Kate pangkat besau2x lebih dr n41... Keje kerajaan lah yea... Gile betol anak2x buat camni kat mak... Sikit pon x call mak tu bgth lewat ka... X jadi ka... Apa ka...
Quote nakkomenjugak 4-4-2023 10:59 PM
Habislahhhhh anak2 nyaaaa
Tunggu jelah kena cash

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.076662 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top