Remaja perempuan mendakwa tubuhnya menggeletar dan mengalami kesukaran bernafas sehingga muntah-muntah akibat dipukul ibu angkatnya yang juga merupakan penyanyi sambilan. Dakwanya, kejadian berlaku apabila ibu angkatnya itu tidak percaya dia ingin menunaikan solat tarawih dan mengesyaki mangsa ingin bertemu kawan lelaki, lapor Harian Metro.
Kes itu terbongkar selepas mangsa pergi ke bilik guru dalam keadaan sukar bernafas dan badan menggeletar sebelum muntah. Berikutan itu, guru berkenaan tampil di balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian. Malah, dalam laporannya, guru terbabit mendakwa mangsa turut diugut bunuh ketika berada di rumah di Ukay Perdana, Ampang Jaya. Fifahamkan, remaja berusia 16 tahun itu dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan di pangsapuri di Ukay Perdana pada Jumaat mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Sementara itu, semakan mendapati wanita berusia 46 tahun tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau. - CARI
|
Dakwanya, kejadian berlaku apabila ibu angkatnya itu tidak percaya dia ingin menunaikan solat tarawih dan mengesyaki mangsa ingin bertemu kawan lelaki, lapor Harian Metro.
ADVERTISEMENT