LIPIS – Kehidupan seorang duda anak dua bertambah parah selepas kematian isterinya apabila bukan sahaja sukar mendapatkan kerja, malah perlu berdepan dengan masalah tulang belakang bengkok atau slip disc yang menyebabkan pergerakannya terbatas.
Mohamad Fadzlee Abdul Rahman, 38, berkata, penyakit yang dideritainya itu mengakibatkan hasrat untuk menyediakan perbelanjaan dan kelengkapan persekolahan buat dua anaknya, Mohamad Farhan Amilrullah, 12, dan Niur Alia Safieya, 7, tidak dapat dibuat dengan baik. Kedua-dua anaknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis. Mengimbau semula mengenai penyakitnya itu, Mohamad Fadzlee berkata, komplikasi tulang belakang bengkok itu dialami sejak lahir dan hanya dirawat dengan memakan ubat tahan sakit dan fisioterapi secara berkala di hospital. Katanya, ketika remaja, dia hanya boleh melakukan kerja ringan sahaja seperti pembantu pasar raya dan pengemas di hospital.
“Bila sudah kahwin, saya buat kerja berat seperti buruh di sebuah lombong bijih di Kuala Lipis. Tekanan kerja berat untuk mendapatkan wang menyebabkan penyakit slip disc saya semakin teruk terutama ketika mengangkat beban. Sehingga kini terasa amat sakit. “Lama kelamaan, sakit itu makin teruk dan kerap mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan Hospital Lipis sehingga sekarang,” katanya ketika ditemui di Taman KSM, Benta di sini. Menurut Mohamad Fadzlee, tanggungjawabnya semakin berat apabila memperoleh dua anak selain isterinya, Fauziah Mohamad menderita sakit kanser payu dara, kanser hati dan kanser otak. Tambahnya, tekanan hidup bertambah apabila Fauziah meninggal dunia pada 25 Julai 2021 kerana perlu menjaga dua anaknya sendirian yang semakin membesar. “Saya tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan bulanan RM300 daripada Majlis Ugama Islam Pahang dan barang keperluan dapur bernilai RM200,” katanya. Ujar Mohamad Fadzlee, dia cuba menternak udang kara tetapi gagal kerana kekurangan modal. Dia merancang untuk menternak ikan keli jika mendapat bantuan pihak tertentu. “Bulan puasa saya buat persediaan ala kadar untuk berbuka bersama dua anak dan untuk Aidilfitri pula, tiada pakaian baharu untuk kami kerana saya tak mampu,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Fadzlee di talian 014-211 8426 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Mohamad Fadzlee bernombor 0600641100020497. -CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 3-4-2023 11:02 AM
Tiap kali cerita sedih tak mampu begini, baju raya juga yg dihighlightkan. Tak de bemda lebih prior ...
Samerosie replied at 3-4-2023 11:02 AM
Tiap kali cerita sedih tak mampu begini, baju raya juga yg dihighlightkan. Tak de bemda lebih prior ...
Samerosie replied at 3-4-2023 11:02 AM
Tiap kali cerita sedih tak mampu begini, baju raya juga yg dihighlightkan. Tak de bemda lebih prior ...
mojarean_X replied at 3-4-2023 03:12 PM
Slip disc sakit hokayy... iols faham sakitnya. Semoga dipeemudahkan segalanya
prince_marhaen replied at 3-4-2023 02:34 PM
dalam pada sakit tulang belakang, arwah isteri ada segala mala petaka kanser....kenapa masih berzuri ...
rosmahisham replied at 4-4-2023 06:47 AM
Dh tau gitu jd buruh wat le..dh elok ke pasaraya..kemas2 hospttal..
ADVERTISEMENT