Polis menahan lelaki warga asing selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun dalam kejadian di sebuah rumah lama dalam kebun sawit, Merotai, Tawau, 7 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan 9.50 malam, kelmarin (Sabtu).
Menurutnya, tangkapan suspek dibuat dalam tempoh kurang 24 jam susulan laporan oleh ahli keluarga mangsa di Balai Polis Desa Kencana, Lahad Datu, jam 12.01 tengah malam, hari sama.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|