CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 0

Warga Asing Disyaki Rogol Anak Tiri Ditangkap Polis

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Polis menahan lelaki warga asing selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun dalam kejadian di sebuah rumah lama dalam kebun sawit, Merotai, Tawau, 7 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan 9.50 malam, kelmarin (Sabtu).


Menurutnya, tangkapan suspek dibuat dalam tempoh kurang 24 jam susulan laporan oleh ahli keluarga mangsa di Balai Polis Desa Kencana, Lahad Datu, jam 12.01 tengah malam, hari sama.


Sumber Harian Metro


"Berdasarkan laporan, mangsa yang tinggal bersama suspek sejak 5 Mac lalu menceritakan kejadian rogol itu kepada kakaknya yang tinggal di Felda Sahabat 20, Lahad Datu, menerusi WhatsApp.


"Mangsa mendakwa dirogol suspek pada 7 Mac lalu dan turut diugut akan dipukul atau dicederakan sekiranya mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.


Jasmin berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bombalai membuat serbuan dan menahan suspek di sebuah kebun sawit milik persendirian di Kampung Iban, Merotai, jam 9.50 malam.


Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pagi ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


"Mangsa akan dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan selanjutnya," katanya.




Sumber: HARIAN METRO



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054528 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list