Syarikat pelancongan, Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (EMRAZ) menafikan pihaknya menipu pelanggan, sebaliknya sudah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah ke Tanah Suci. Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Zulkarnain Endut, berkata pihaknya kini berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung isu penggantungan Lesen Pengelola Haji (PJH) yang dikenakan terhadapnya.
Beliau berkata, masalah dihadapi pihaknya adalah masalah lazim dialami syarikat pelancongan lain selepas wabak COVID-19 melanda negara.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|