View: 17899|Reply: 26
|
'EMRAZ bukan scammer, kami sudah bawa lebih 30,000 jemaah umrah sebelum ini'
[Copy link]
|
|
Syarikat pelancongan, Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (EMRAZ) menafikan pihaknya menipu pelanggan, sebaliknya sudah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah ke Tanah Suci.
Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Zulkarnain Endut, berkata pihaknya kini berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung isu penggantungan Lesen Pengelola Haji (PJH) yang dikenakan terhadapnya.
Beliau berkata, masalah dihadapi pihaknya adalah masalah lazim dialami syarikat pelancongan lain selepas wabak COVID-19 melanda negara.
"Seperti syarikat pelancongan lain, EMRAZ juga berdepan proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, selain kenaikan luar biasa harga tiket dan hotel di Tanah Suci.
"Sebelum ini, EMRAZ sudah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah, sekali gus membuktikan syarikat ini bukan 'scammer', malah tidak mengenakan bayaran tambahan meskipun terdapat kenaikan kos," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, EMRAZ akan berbincang lanjut dengan TH berkaitan isu itu, malah berterima kasih kerana kesudian TH menawarkan PJH kepada syarikatnya sebelum ini.
Pada 23 Januari lalu, TH mengumumkan pihaknya menyerahkan PJH kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.
EMRAZ adalah antara sebuah syarikat pelancongan yang mendapat lesen PJH daripada TH dan dipilih secara tahunan selepas memenuhi syarat ditetapkan.
BH hari ini melaporkan TH menggantung lesen PJH yang diberi kepada Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.
TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat berkenaan.
Sumber: BH ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Settle kan dulu refund2 tertunggak dan rescheduling issues
Once done baru boleh bincang dgn TH utk bawak jemaah haji. But for next year la |
|
|
|
|
|
|
|
Kat madinah tak bawak jemaah dinner ikan goreng ke? Kalau bawak mesti berbakul2 pujian. Profit beribu2 sorang apalah sangat belanja jemaah makan rm10 sorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seperti syarikat pelancongan lain, EMRAZ juga berdepan proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, selain kenaikan luar biasa harga tiket dan hotel di Tanah Suci.
so ini alasan utk makan duit jemaah?
bukak trip tapi trip tak wujud?
lepas tu refund tamau
sikit pun tak rasa bersalah
maaf langsung tak ada
mcm ni ke cara selesaikan masalah?
kenapa tutup opis kat putrajaya?
kenapa block komen?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga jemaah teraniaya dpt semula refund.. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kena gantung lesen. Refund tak bayar buat2 cam duit tu dah jadi duit dia. Scammer la company kau ni Datuk Dr Jakitamak. Sila melingkup di bulan puasa ni. Get ready jual asset company...orang nak duit dia balik bukan nak tau berapa jemaah yang dah kau bawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ambil my brother jadi mutawif dulu
Pastu tetibe tendang tanpa sebab
Ambik org baru. Pastu tendang lg bdk baru, tanpa reason.ulg sejuta kali gamaknya
S3moga melingkup telangkup |
|
|
|
|
|
|
|
sedara iols one of the jemaah yg terkena... 20k woooo... |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik iols mcm nie la xingt dia amik travel mana
Agent bagitaw last minute tiket xdpat beli sehari sebelum dia nk berangkt buat umrah mmg kesian
Bayar dh fulll |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ada isu la, lesen ko kena hold.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Member aku pon 3 kali prepare nak pergi, 3 kali dikecewakan company em**z ni. Dah siap packing baju tetiba dapat tau ticket nak balik takde sebab world cup.. ada sekali tu dah siap packing jugak tetiba company tettt ni kata ada masalah hotel. Kali ke 3 tu nasib baik sheouls x pergi sebab ada kes tersadai katanya. Nak refund pon kena tunggu berbulan & maybe bukan full refund. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooh emraz ni la yang tersadai 2 hari kat lobi hotel sebab sampai Mekah hotel takde |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan scammer
Tapi salah tadbir urus jer
Biasalah tu ada hickup dan mistake dalam bisnes |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya ..tak perlu nak ada PJH pun..
Let tabung haji yg uruskan semuanya...X cukup staf..ko ambik lah staf baru..ramai yg dok cari keje nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah bawa 30,000 jemaah umrah, tentulah dah ada pengalaman dlm urusan membawa jemaah umrah. Mcmane boleh jadi kacau-balau mcm tu? Bila dah terima duit jemaah yg full paymen, slack tang mane pula dgn menguruskan visa, tiket pulang-pergi & tempahan hotelnya. Juga, pengurusan/menjelaskan bayaran tempahan tiket pesawat dn hotel di Saudi tentu juga perlu diuruskan jauh hari sebelum tarikh berangkat jemaahnya, kan? Staf baru ke yg menguruskan perkara trs shga terjadi salah pegurusan begitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangkem pon meniaga jugak
Kadang2 dapat komplen jugak
Majoritinya bukan disengajakan, dan ada kesilapan dari staf sebab staf baru atau staf benak
Acik2 cepat melatah cop scammer pelbagai
Maybe acik2 ni tak pernah meniaga, atau surirumah sepenuh masa |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn aku sorg pegi ngn emraz in 2018 kot pastu laki dia meninggal kt sana. Ok je masa tu. Ni ada kwn lain nak g umrah ngn emraz flight asyik reschedule pastu duit takmo refund. Byk org yg kena plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jfq at 3-4-2023 02:20 AM
Momohizan replied at 2-4-2023 10:57 PM
Padan muka kena gantung lesen. Refund tak bayar buat2 cam duit tu dah jadi duit dia. Scammer la comp ...
Gantung lesen pjh bawak org haji aje
Umrah masih on sbb under motac |
|
|
|
|
|
|
| |
|