Ladang kelapa sawit di Felda Kemahang 3 dipercayai dijadikan lokasi transit sementara bagi aktiviti penyeludupan minyak masak diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.
Serbuan jam 10 malam tadi itu menemui 8.5 tan minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM21,250 dalam sebuah lori disyaki untuk diseludup ke Thailand. Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya mengekori sebuah lori jenis Isuzu dengan nombor pendaftaran tempatan disyaki membawa minyak masak paket 1 kilogram (kg) bersubsidi dari arah Jeli menghala ke Tanah Merah.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|