"

emerhatian dibuat mendapati beberapa individu sedang memunggah kotak yang mengandungi barangan subsidi itu dan ketika serbuan dijalankan, mereka bertindak melarikan diri ke arah semak dan gagal dikesan.
"Sebanyak 8.5 tan minyak masak ditemukan di lokasi iaitu disusun dalam lori berkenaan selain kereta jenis Proton Wira yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
"Kita percaya kawasan ladang kelapa sawit itu dijadikan sebagai tempat transit sementara bagi proses pemunggahan untuk penyelewengan barangan bersubsidi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Azman berkata, pihaknya juga menemui dua buah motosikal disyaki milik individu yang melarikan diri dan semua barang rampasan bernilai RM105,250 disita untuk siasatan lanjut.
Katanya lagi, modus operandi yang digunakan adalah mendapatkan bekalan minyak masak daripada luar Kelantan dan akan disimpan sementara di suatu tempat seterusnya dibawa ke kawasan ladang sekitar sempadan negara.
"Kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi pertuduhan di mahkamah selanjutnya.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Sumber: HARIAN METRO