|
Oleh Izzah Abbasy
Memperjuangkan hak wanita dan isteri ditindas itulah pelakon cantik Rita Rudaini. Turun naik mahkamah langsung tidak mematahkan usaha mendapatkan hak sewajarnya setelah diceraikan tanpa sebab oleh Aidil Zafuan Abd Radzak pemain bola sepak pasukan JDT terdahulu. Pelbagai kisah luar dalam kita dengar selama ini. Namun, semalam semua sudah terjawab. Rita telah menang dalam kes tuntutan mut'ah semalam. Penjelasan Rita Rudaini dalam akaun Instagram yang dimuatnaik semalam.
Mut’ah Mut'ah ialah pemberian saguhati daripada pihak suami kepada pihak isteri jika penceraian itu dilakukan tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak. Pengertian Dari segi bahasa mut'ah bererti bergembira dengan sesuatu. Dari segi syarak iaitu pemberian saguhati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang ataupun barang dan perceraian tersebut bukan kesalahan daripada pihak isteri. Jika perceraian berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau fasakh kerana aib (kecacatan) di pihak isteri atau dia menuntut fasakh kerana aib di pihak suaminya, maka dia tidak berhak mendapat mut'ah. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut. Tahniah Rita Rudaini. Semoga terus berbahagia bersama dua hero kesayangan, Rayyan dan Arjuna. - CARI Infonet
|
|
14
![]() Bagus |
13
![]() Marah |
17
![]() Terkejut |
12
![]() Sedih |
9
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


manehnya replied at 6-10-2015 11:40 AM
RR asik ulang "allah x pernah tidur" memang le..
huh
mehmet replied at 6-10-2015 11:43 AM
apa lagi yang dia cakap aa..nak gak tau..tulis tulis

ritrud727 Segala keringat,sabar,tabah dan tawakal akhirnya terjawab..SYUKUR KPD ALLAH..sy harungi segala cemuhan,makian,kejian dan fitnah dgn sabar..sbb sy tau sy berckp benar dan sy ikhlas pd RUMAHTANGGA sy dahulu..alasan yg tidak munasabah yg di buat dan di anggap tidak layak langsung utk mendapat hak sendiri,sy tempuh dgn doa dan perjuangan..berapa amaun tidak PENTING..yg penting adalah sy MENANG dlm perjuangan sy DI CERAIKAN TANPA SEBAB.. ALLAH tidak pernah tidur..ini baru mahkamah dunia,di akhirat ada lg mahkamah pengadilan yg menanti pd para suami yg bersikap menganiaya para isteri.. ALLAH bersama dgn org yg ikhlas dan benar ..syukur alhamdulillah..tkasih atas DOA SMUA 16h
manehnya replied at 6-10-2015 11:48 AM
image: ritrud727 Segala keringat,sabar,tabah dan tawakal akhirnya terjawab..SYUKUR KPD ALLAH..sy ...
ADVERTISEMENT