Oleh Izzah Abbasy
Memperjuangkan hak wanita dan isteri ditindas itulah pelakon cantik Rita Rudaini. Turun naik mahkamah langsung tidak mematahkan usaha mendapatkan hak sewajarnya setelah diceraikan tanpa sebab oleh Aidil Zafuan Abd Radzak pemain bola sepak pasukan JDT terdahulu.
Pelbagai kisah luar dalam kita dengar selama ini. Namun, semalam semua sudah terjawab.
Rita telah menang dalam kes tuntutan mut'ah semalam.
Penjelasan Rita Rudaini dalam akaun Instagram yang dimuatnaik semalam.
Mut’ah
Mut'ah ialah pemberian saguhati daripada pihak suami kepada pihak isteri jika penceraian itu dilakukan tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.
Pengertian
Dari segi bahasa mut'ah bererti bergembira dengan sesuatu.
Dari segi syarak iaitu pemberian saguhati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang ataupun barang dan perceraian tersebut bukan kesalahan daripada pihak isteri.
Jika perceraian berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau fasakh kerana aib (kecacatan) di pihak isteri atau dia menuntut fasakh kerana aib di pihak suaminya, maka dia tidak berhak mendapat mut'ah.
Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.
Tahniah Rita Rudaini. Semoga terus berbahagia bersama dua hero kesayangan, Rayyan dan Arjuna. - CARI Infonet |