CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Bergelar Usahawan, Fizo Omar Bukukan Kisah Hidup

6-10-2015 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 26649| Komen: 249

Description: Pelakon Fizo Omar berkongsi pengalaman dalam mengharungi kehidupan
Oleh Izzah Abbasy

Selepas kejayaan Neelofa dari negeri Cik Siti Wan Kembang membukukan kisah hidupnya, kini Fizo Omar senegeri dengannya pula mengambil langkah yang sama.

Pelakon dan pengacara Fizo Omar berkongsi pengalaman dalam mengharungi kehidupan sebelum bergelar usahawan berjaya menerusi sebuah buku yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul.



Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, buku berkenaan adalah terlalu peribadi buatnya kerana ia menghimpunkan segala pahit maung dalam mencari sebuah pengertian kehidupan sebenar.

"Saya pernah hampir tewas dengan dugaan hidup termasuk kes penipuan RM8 juta, sehingga saya tertanya pada diri sendiri kenapa semua ini terjadi dan mengapa saya yang kena.

"Bagaimanapun apabila saya belajar tentang sebab-sebab kenapa saya dipilih oleh Allah untuk berdepan dengan semua dugaan demi dugaan, lantas saya sebaliknya bersyukur dengan ujian itu," katanya.

Buku setebal 272 muka surat itu mendapat sentuhan penulis Abie Abdullah dilancarkan sendiri oleh mentornya, Dr Azizan Osman bersempena program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang diadakan di Shah Alam, Jumaat lalu.

Buku yang diterbitkan sepenuhnya oleh Azizan Osman Publications Sdn Bhd (AOP) ini menceritakan permulaan hidup anak jati kelahiran Kelantan ini dalam mengharungi kehidupan sebelum bergelar sebagai usahawan berjaya hari ini.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bersyukur buku tersebut telah pun terjual sebanyak 1,000 naskah dalam masa dua hari di IMKK dan berharap ia dapat memberi lebih inspirasi kepada golongan belia.

Buat permulaan kata Fizo, buku berkenaan hanya dijual di program-program anjuran Richworks International Sdn Bhd, iaitu salah satu daripada 27 Syarikat Kumpulan Rickworks pada harga RM33 senaskhah.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor saya, Dr Azizan Osman yang mengembalikan warna di dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, Tuhan mengurniakan hikmah yang tersembunyi sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Dr Azizan Osman, buku Fizo Omar ini menyaksikan perubahan hidup selebriti itu secara dramatik.

"Fizo Omar sangat berbeza daripada kelompok artis yang pernah saya lihat dan baca. Bukan kerana dia telah menghadiri seminar-seminar saya hingga menjadi antara pelajar contoh saya tetapi kerana dia berani dan pantas untuk bertindak.”

"Tindakan yang saya maksudkan di sini adalah keluar daripada zon selesa. Fizo walaupun namanya sudah memuncak di dalam industri hiburan tetapi masih mencari ruang yang dikatakan benar-benar 'selesa' untuk dirinya," ujarnya.

Baguslah jika semua artis berfikiran positif seperti ini. Sekurang-kurangnya usaha mereka selama bergelar anak seni tidak disia-siakan. Royalti buku yang akan diperoleh kelak boleh digunakan untuk anak cucu nanti. - CARI Infonet

25

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote af_mania 4-10-2015 12:38 PM
Good luck lah!
Quote chinta89 4-10-2015 12:39 PM
Edited by chinta89 at 4-10-2015 02:55 PM

cara2 tackle awek kaya n cantik ade tulis tak?
untung2 dapat cari yg cantik macam Mawar..
Quote sepitsiput 4-10-2015 12:41 PM
Dia ni acah2 feelinh SUCCESS dalam perniagaan kah? Semua org tahu heshe berbisnes pun sbb kawen dgn anak org yg buat bisnes..bukannya dia start dr bawah.

Dah le masa kawen dulu ada ura2 mengatakan rumah & jongkong emas yg jd hantaran tu disponsor oleh mak mertua... terus terang jelah kau bermodalkan penis jah fizoo

Lakonan hauk
Pengacaraan haukk  ....apa kejayaan heshe?
Quote af_mania 4-10-2015 12:42 PM
sepitsiput replied at 4-10-2015 12:41 PM
Dia ni acah2 feelinh SUCCESS dalam perniagaan kah? Semua org tahu heshe berbisnes pun sbb kawen dgn  ...

Asah pedang
Quote hyie 4-10-2015 12:49 PM
iols husnuzon jah...suka dengan keyakinan heols bagi talk inspirasi bagai kat bbnu se-malaysia...walaupun...
Quote maxim 4-10-2015 12:51 PM
Apa la nak di dengkikan dah rezeki die dpt anak org kaya lgpon xde la die dok habiskan duit bini bodo2 jah

Lantak pi la nk jual buku ke hape sbb bkn aku nk kene beli pn asalkan jgn nak menyemak kt tv tu coz lakonan ko sgt hauk fizo omar oii
Quote Themilo 4-10-2015 01:00 PM
motif nak buku-buku bagai?
Quote friedfishsoup 4-10-2015 01:04 PM
Oh..skrg retis pun ble buat buku ye
Quote sarukhan 4-10-2015 01:20 PM
Kaki nasi himpit pejabat gomen ke dia ni??? Kes muflis dia dah setelkan? Eloklah dia ada gak benda nak buat.. drpd laki si yantik tu.. nak kata kerja, bini kate househusband, bila org mengata laki dis househusband, dia kate laki dia kerja. Ada meeting lagi.


So goodluck fizo.. walaupon aku still keliru kerja and kejayaan dia ni
Quote beta_carotene 4-10-2015 01:41 PM
meols tgk dlm nasi lemak kopi o tadi
siap bagi teaser lagi "kalau nk tahu apa itu faktor Y sila beli buku saya"

uweeeeeekkkkk
Quote makneng 4-10-2015 01:43 PM
Edited by makneng at 4-10-2015 10:40 PM

Byk lg biography org lain yg mak blh beli n baca,  kosser sgt nk baca buku ko pijo.  Dinch!
Quote beta_carotene 4-10-2015 01:43 PM
sepitsiput replied at 4-10-2015 11:41 AM
Dia ni acah2 feelinh SUCCESS dalam perniagaan kah? Semua org tahu heshe berbisnes pun sbb kawen dgn  ...


kalau buku ni ada centerfold fizo shirtless and tunjuk penis, kak sepit nk beli x?
Quote HannahMontana 4-10-2015 01:49 PM
sepitsiput replied at 4-10-2015 12:41 PM
Dia ni acah2 feelinh SUCCESS dalam perniagaan kah? Semua org tahu heshe berbisnes pun sbb kawen dgn  ...

kejayaan dia dalam mengahwini anak ahli perniagaan wanita berjaya .
Quote HannahMontana 4-10-2015 01:50 PM
perasan bagus , ada professor nak beli ke buat research ?
Quote Santeira 4-10-2015 01:53 PM
kisah mcm mana tangkap anak org kaya buat bini ka lepas memboya sana sini?
Quote hzln 4-10-2015 02:00 PM
"Tindakan yang saya maksudkan di sini adalah keluar daripada zon selesa. Fizo walaupun namanya sudah memuncak di dalam industri hiburan tetapi masih mencari ruang yang dikatakan benar-benar 'selesa' untuk dirinya," ujarnya.


retis gred B jah pun
nama memuncak mendanya
Quote MyNameIsIris 4-10-2015 02:08 PM
Nangis fizo baca komen-komen uols kat sini
Quote bungarose 4-10-2015 02:09 PM
aper pencapaian si fo nih? plg tinggi pon dpt kawin dgn tokeh tudung kan.. lagi??
Quote washere2 4-10-2015 02:15 PM
Boring dgn pakar2 motivasi yg gunakan slogan seolah2 kekayaan adalah segala2nya, lambang kebahagiaan dan kejayaan hidup (merujuk iklan2 Dr Azizan Osman ni), ceramah motivasi beliau charge org mahal2

anyway good luck lah

Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.277918 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top