CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Harap masakan akan datang adalah makanan sihat” - Terlebih Minyak, Resipi Sambal Hijau Khairulaming Ditegur Dr Rafidah

2-4-2023 09:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17937| Komen: 222|Original author: Tatod


Ketika jutaan pengikut media sosial Khairulaming ternanti-nanti perkongsian resipi hariannya sepanjang Ramadan, pakar perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah tampil menegur personaliti masakan itu.

Menerusi teguran terbuka di Twitter, Dr Rafidah menyuarakan kebimbangannya tentang seleksi juadah dikongsikan Khairulaming yang disifatkan tidak sihat.

“Salam Khairulaming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat.

“Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia.

“Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merudum,” katanya menerusi Twitter pada Sabtu malam.

Teguran itu dibuat pada perkongsian menu puasa hari kesembilan Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman iaitu sambal hijau bilis dan telur dadar.


Sebagaimana dikongsikan dalam video, semua bahan-bahan seperti ikan bilis, cili hijau besar, cili padi hijau, bawang merah serta tomato hijau digoreng dalam minyak panas dalam kuantiti yang banyak sebanyak dua kali.

Termasuk juga telur dadar, Khairulaming menunjukkan cara ia digoreng dalam minyak panas supaya rangup di luar dan gebu di dalam.

Untuk rekod, 2023 merupakan tahun keenam Khairulaming berkongsi pelbagai juadah makanan dan minuman di media sosial menerusi buah tangan signaturnya, '30 Hari 30 Resipi’.

Sejak enam tahun lalu resipi mudah dan ringkas daripada Khairulaming menjadi fenomena dan ikutan ramai.

Dalam pada itu teguran Dr Rafidah terhadap pempengaruh kesayangan ramai itu menerima pelbagai pandangan reaksi netizen.

“Dia ni doktor. Prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia. Dia mesti tahu statistik penyakit di Malaysia ni apa, tinggi ke rendah ke. Sebab itu dia tegur,” kata netizen.

Namun ramai juga yang tidak bersetuju dengan kebimbangan yang dibangkitkan Dr Rafidah kepada Khairulaming.


“Tak adillah macam ini doktor. Sembang tentang masalah rakyat Malaysia, pernah doktor survey cafeteria hospital kerajaan jual makanan yang bagaimana? Kalah level minyak dan gula dalam makanan KA ini.

“Pertama sekali, KA bukan content creator untuk makanan sihat. Ada diet coach yang kongsikan healthy meals, boleh tengok resepi mereka. Kuantiti bahan tu rasanya kita boleh adjust sendiri, tak perlu ikut pun.

“Salam Dr Rafidah. Saya berharap anda buat video masakan makanan sihat. Tidak perlu tunggu orang lain memandangkan saudari juga ada followers yang ramai. Harap lebih peka dengan masalah ini. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum,” kata sebahagian netizen lain di Twitter.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 2-4-2023 10:45 AM
Ajinomoto is a big no.
Quote rospinki 2-4-2023 11:05 AM
Wasap gais..tone nyah2 sama naik cuma xmenyerlah ke arah sesajjad.
Quote isseliparjepun 2-4-2023 11:16 AM
Rasa nak ikut, ikut. Rasa nak alter, alter ikut tekak sendiri. Dr Rafidah boleh buat teguran secara general kepada semua content creator yang berkongsi resepi.
Quote edee_91 2-4-2023 11:20 AM
Betullah tapinya woi kalau aku pergi nak beli kat mana2 tempat sekali pun, tak sah kalau sambal tak terlebih minyak. Cashlah semua pakat masuk sepital.
Quote ekselen 2-4-2023 11:21 AM
Yg nk sihat pandai2 lah bajet kurangkan minyak, garam, gula bagai... Tu pun nk kena ajar ke? Masuk ramadhan brp ramai org x jaga mkn, x yah jauh2 pi tgk kat bazar tu je.. Lg la x healthy sbb mknan yg digoreng, dipanas, dimasak berulang2, masakan smlm pun dijual lg,yg hangus, yg berminyak, yg berkeju, mayonis bagai... Sgt tidak sihat okeh... Kesedaran dtg dr diri sendiri dan pilihan di tangan sendiri sama ada nk sihat ke tak... Pandai2 la ubah cara hidup, jgn asik nk disuap je segala informasi... By the way, teguran tu xsalah tp jgn tegur satu pihak je tp yg lain2 tu terlepas pandang... Dan tegur jgk sikap rakyat sekali ye yg mmg suka mkn menda2 camtu..
Quote adeqbun 2-4-2023 11:23 AM
KA kene la ikut tekak2 follower cenderong ke arah mana..lain la kalau die fittness coach atau kevin zahri ..harus la menu eactclean
Quote pooh~key 2-4-2023 11:25 AM
edee_91 replied at 2-4-2023 11:20 AM
Betullah tapinya woi kalau aku pergi nak beli kat mana2 tempat sekali pun, tak sah kalau sambal tak  ...

Marahnya dek?
Quote laqoyah 2-4-2023 11:26 AM
Doktor.. biasalah tu. Takkan pulak nak kata otherwise kan? Padahal diaorang sendiri pun tak sesihat mana. Lain la ko pun beli sayur organik.. exercise 3-4 times a week. Dah nama pun Malaysians..
Quote ekselen 2-4-2023 11:37 AM
Edited by ekselen at 2-4-2023 11:39 AM
edee_91 replied at 2-4-2023 11:20 AM
Betullah tapinya woi kalau aku pergi nak beli kat mana2 tempat sekali pun, tak sah kalau sambal tak  ...


Sambal mmg kena masak ngan minyak yg byk sbb cili tu kena goreng lama spy bila mkn x sakit perut kalo tak masak betul.. Dan minyak yg byk tu utk pastikan sambal tu tahan lama, x cepat berkulat.. Tp kalo kita beli balik umah buang la minyak tu... Atau kalo mkn kt kedai, amik sambal je, minyak tu asingkan siap2... Aku selalu buat mcm ni...mcm kari2 mamak tu kemain meladong minyaknya, balik umah buang minyak tu dulu...
Quote stingeramadhan 2-4-2023 11:40 AM
rospinki replied at 2-4-2023 11:05 AM
Wasap gais..tone nyah2 sama naik cuma xmenyerlah ke arah sesajjad.

Tone kearah macam tak posa je hari ini?
Quote Meiizu 2-4-2023 11:53 AM
Mohon KA jgn layan sgt.buat je masak2 tu.
Penonton yg tgok tu bukan buat hari2 pun ...minyak itu ini tlebih pandailah sendiri adjust.
Percayalah ye...kalau nak sedap memang kena buh lebih
Quote dua_chzy 2-4-2023 11:55 AM
Kak Pidah kau ni kemain la jaga kesihatan kan but hwai sheols looks so old and unhealthy?
Quote green~tea 2-4-2023 11:56 AM
Kak pidah who?
Quote ajinomotonosuga 2-4-2023 11:58 AM
Orix replied at 2-4-2023 10:45 AM
Ajinomoto is a big no.

No ajinomoto No sugar
Quote ajinomotonosuga 2-4-2023 12:04 PM
dua_chzy replied at 2-4-2023 11:55 AM
Kak Pidah kau ni kemain la jaga kesihatan kan but hwai sheols looks so old and unhealthy?

look can be deceiving
Quote jfq 2-4-2023 12:04 PM
Jangan la selective
Ramai lagi yg buat video resipi
Awat tak tegur makanan basi, air potong kaki yg jual kat param
Quote ajinomotonosuga 2-4-2023 12:05 PM
green~tea replied at 2-4-2023 11:56 AM
Kak pidah who?

kak pidah gg jojol laaa
Quote lola0311 2-4-2023 12:05 PM
dua_chzy replied at 2-4-2023 11:55 AM
Kak Pidah kau ni kemain la jaga kesihatan kan but hwai sheols looks so old and unhealthy?

kannnnnnm kalau kulit dia cantik kita follow tips dia . haha
Quote Kuin-Kepam 2-4-2023 12:09 PM
OT:
Ajinomoto is harmful .. just a myth!

Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.193809 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top