CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Usia 106 Tahun Penghias Muka Depan Vogue

1-4-2023 09:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19020| Komen: 12|Original author: Tatod

Majalah Vogue di Filipina menyiarkan gambar seorang wanita berusia 106 tahun, Apo Whang-Od sebagai penghias muka depan edisi Aprilnya sekali gus orang tertua pernah menghiasi kulit majalah berkenaan, lapor portal berita CNN semalam.


Whang-Od juga dikenali sebagai Maria Oggay, menyempurnakan seni tatu pada tubuhnya sejak dia masih remaja.


Menetap di sebuah kampung di pergunungan Buscalan, Whang-Od dianggap sebagai ahli tatu tradisional Kalinga paling tua di Filipina

Suatu ketika dahulu, tatu yang diketuk dengan tangan pada tubuh wanita itu hanya menggunakan batang buluh, duri pokok limau, air dan arang batu.


“Digembar-gemborkan sebagai mambabatok (pelukis tatu tradisional) terakhir dalam generasinya, Whang-Od telah mencetak simbol suku Kalinga yang mewakili kekuatan, keberanian dan kecantikan pada kulit beribu-ribu orang yang melawat Buscalan,” kata Vogue Filipina.


Sebelum kemunculan Whang-Od di Vogue Filipina, rekod model tertua muka depan majalah itu dipegang oleh pelakon Judi Dench pada 2020 pada usia 85 tahun. – Agensi


Sumber: KOSMO!ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-4-2023 10:57 PM
Lama betul hidup dia...
Quote edayildiz 1-4-2023 11:47 PM
xnampak kertu sgt..mcm 80 jer umo nyaaa
Quote Imkhai 2-4-2023 02:38 AM
Serius la nmpk sht btl nenek ni nmpk gaya mcm 10thn lg pon blh hidup
Quote zuuu 2-4-2023 03:02 AM
Wow,kalo tengok rupa x jangka umur nenek ni 106 tahun..cuma tatu kat tangan tu jelah dh serupa geng kongsi gelap pulak
Quote sharlenetexas 2-4-2023 03:13 AM
Mcm onyang2 gangster


Quote dudaberhias 2-4-2023 03:40 AM
wah orang bisaya lah ni kan...

cc kaka @dua_chzy

iols teringin nak tengok tatu2 tradisi bisaya depan2 sebab payah dah nak nampak sejak orang bisaya convert ke muslim dan selepasnya di kristiankan dek orang sepanyol...
Quote Tinot7 2-4-2023 04:44 AM
Baper bayaran nenek ni dapat?
Quote plywood 2-4-2023 05:31 AM
5 tahun lepas..

At her age at 101 she doesn't need specs she still can see clearly and walk down on a steep path. She's a National artist for me


[youtube]tHVz9eXWubM[/youtube]


Quote xAthenax 2-4-2023 06:01 AM
zuuu replied at 2-4-2023 03:02 AM
Wow,kalo tengok rupa x jangka umur nenek ni 106 tahun..cuma tatu kat tangan tu jelah dh serupa geng  ...

actually, my late grandmother dari kepulauan Borneo pun ada full body tatoo
Generasi terdahulu, belah sana
tatoo ni is a symbol of kasta. The noble women all kena tatoo
dari kaki, betis ke peha
jari sampai ke area shoulder
Quote biskutraya 2-4-2023 07:05 AM
Bagus nenek ni.. slim je..
Quote Decaffeinated 2-4-2023 07:21 AM
100 dulu filipin ni macam malaya ja, mana ada birth record. Umur pun tipu tu sebab guinness pun tak iktiraf

Quote dua_chzy 2-4-2023 12:20 PM
dudaberhias replied at 1-4-2023 07:40 PM
wah orang bisaya lah ni kan...

cc kaka @dua_chzy

Aiols pun tak tau. Kat tempat aiols, orang Bisaya / Visayan ni dulu2 terer membitas (kasik pindah penis ke dahi atau kasik terbalik vagina. Aiol punya teori sebenarnya menda ni tak berlaku pon but fikiran orang yang kena sihir tu dah dimanipulate supaya percaya/nampak seolah ianya berlaku).

Sekarang tak tau deols practice lagi ka tidak ilmu Bitas tu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050493 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top