CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andi Bernadee Banyak Bercuti Untuk Pulihkan Diri, Kesihatan Mental Terjejas Terkena Buatan Orang Dan Ditipu

31-3-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2827| Komen: 14

Andi Bernadee mendedahkan kesihatan mentalnya terjejas akibat kes penipuan oleh individu dipercayai dan terkena buatan orang sebelum ini.

Kata penyanyi dengan nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile, 32, disebabkan itu juga dia mengambil keputusan untuk kurang aktif di media sosial selain banyak menolak tawaran kerja.



IG

"Apa yang berlaku sebelum ini memberi tamparan hebat buat saya terutama kepada masalah kesihatan mental.

"Ia memberi kesan sangat ketara sehingga sekarang ini kalau masuk ke set penggambaran drama saya susah nak hafal skrip.

"Sebab itu juga saya tidak aktif di sosial media. Kata orang tengah proses healing. Saya banyak bersendirian dan harap akan dapat kembali normal seperti biasa," katanya kepada mStar.

Andi ditemui ketika sidang media pelancaran lagu terbaharunya kolaborasi dengan Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.



IG

Tambahnya masalah dihadapi ini membuatkan dia pernah terfikir untuk terus menutup akaun sosial media dan meninggalkan dunia seni.

"Apa yang berlaku membuatkan saya rasa nak terus hilang di sosial media dan berhenti dari bidang seni. Namun saya ada support system terbaik yang banyak membantu.

"Apabila saya cuba jauhkan diri dari sosial media, memang rasa aman. Kalau boleh saya tak mahu lagi buat sesuatu perkara yang hanya untuk memenuhi kehendak orang," ujarnya.

Menurut Andi sepanjang tempoh cuba untuk memulihkan diri, dia banyak pergi bercuti dan Jepun antara salah satu negara yang pernah dilawati sebelum ini.



Berkongsi keadaan dirinya sekarang, penyanyi lagu Donde ini memberitahu dia masih belum pulih sepenuhnya dan berharap dapat kembali menjadi seorang yang berbeza.

"Saya boleh katakan keadaan saya sekarang 60 peratus okey. Saya sedia untuk kembali semula dengan Andi yang lebih baik. Seorang Andi yang tidak kisah lagi apa yang orang mahu katakan.

"Sekarang ini saya pun jadi susah untuk percaya kepada orang lain, tidak kiralah baru jumpa atau dah lama kenal," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 31-3-2023 07:42 PM
Sape la yang gigih nak sihir ko bagai nyah? Dah la penyangi sendu dan one hit wonder je pun... Muka pun macam sunio kawan si nobita yang kaya.
Quote hasniey 31-3-2023 07:44 PM
Kesian..nama tgh naik ex pa rembat duit payment.lepastu sakit.mmg ketara hilang tiba2.kalau tak dulu ada je keluar lagu la,brlakon la,jd artis jemputan la
Semoga dipermudahkan urusan
Quote Body_language 31-3-2023 07:52 PM
dudaberhias replied at 31-3-2023 07:42 PM
Sape la yang gigih nak sihir ko bagai nyah? Dah la penyangi sendu dan one hit wonder je pun... Muka  ...

Dia 4 hits wonder ler

Tp lagu2 dia lps PA dia tipu duit tu sedap2 belaka tp tak tau pasaipa semua sendu.

Satu je aku nk puji mamat ni, MV lagu2 dia semua cantik



Quote fcl29 31-3-2023 09:00 PM
oo patut la mcm jarang ig dia lalu lalang kat feeds.. kalo x, ada aje video2 kelakar dia.. dia laku la gak.. lagu2 best, kelakar..tgk kwn2 retis pon rajin komen kat ig dia
Quote codenamedream 31-3-2023 10:03 PM
Dulu lagu2 heols selalu ja ada di corong radio
Quote timah03 31-3-2023 10:28 PM
Best gak lagu Raya dia... Tapi selekehnya la si bakeri tu....
Quote LadyCarefree 31-3-2023 10:34 PM
Macam mana PA boleh rembat duit? Kalau menejer kot la.
Quote Nurkaseh01 2-4-2023 09:49 PM
Moga cepat sembuh
Quote sleepandream 2-4-2023 10:20 PM
ni pasal bayaran drama masuk akaun personal PA tu hari khen?
masyuk jugak puluh ribu satu drama...

report polis takleh buat apa ke
Quote jejaka_hensem 3-4-2023 12:23 AM
Lagu raya dia raya last minit tu best.iols is enjoy dengar
Mv dia pun best,dah 5x dah tengok sampai habis
Quote rogayahtop 3-4-2023 12:32 AM
kawan baik ke partner ke rakan niaga nok?
jantan2 ni tak payah la buat baik sgt dgn kawan2. nak meminjam kalau 100/200 tu pahamla jugak terdesak. ni kalau berpuluh2 k mmg tak dapat balik la.
Quote duri_durians 3-4-2023 08:58 AM
Edited by duri_durians at 3-4-2023 09:01 AM

soft spot lak aku kt andi ni. dulu dia ada main I Can See Your Voice- dan dia salah teka. pengacara tnya la dia tapi dia jawab dia tak salah - ini rezeki orang yg menang tu. bunyi macam lawak tapi betul apa dia cakap.
lagu dia pun wpun macam lebih kurang je semua tapi mudah didengar, boleh masuk chill playlist kt spotify.apa pun moga cepat sembuh. mngkin teguran dari Allah swt utk dia jauhkan diri dari dunia lagha.
Quote sayurmayur88 3-4-2023 02:30 PM
dia ni comel. k bai
Quote Nurkaseh01 5-4-2023 05:58 PM
Semoga engkau cepat sembuh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039210 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top