CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Elfira, Zoey bercinta?

28-6-2013 02:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17011| Komen: 45





DI sebalik pengakuan aktor Baim Wong bahawa dia menyukai pelakon bertubuh genit, Elfira Loy, 19, timbul pula desas desus yang mengatakan Elfira sebenarnya menjalinkan hubungan cinta dengan aktor, Zoey Rahman, 28.

Semuanya gara-gara beberapa keping gambar mesra yang dimuat naik Elfira menerusi laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, kedua pelakon ini menafikan khabar angin tersebut dan mengakui hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa.
Jelas Elfira, beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama terbarunya berjudul 'Demi Dia' arahan Aziz M Osman di Munich, Jerman, baru-baru ini.

"Saya tidak sangka perkara seperti ini boleh timbul. Kalau diikutkan setiap kali saya kenal dengan seseorang lelaki atau pun rapat dengan mana-mana hero dalam drama, pasti cerita seperti ini akan tersebar.

"Saya dan Zoey sudah lama berkawan. Kami memang rapat tambahan pula Zoey kenal dengan keluarga saya dan kami memang tidak akan bercinta sebabnya saya sudah anggap dia seperti abang saya sendiri. Kalau bercinta saya rasa macam 'sumbang mahram'," seloroh Elfira.

Memandang positif terhadap isu tersebut, Elfira berkata, ia sedikit sebanyak membantu dram lakonannya.
"Bagi saya bila orang fikir kami bercinta maknanya keserasian saya dan Zoey dalam drama tersebut menjadi.
"Memang pada awalnya kami agak bimbang kalau-kalau lakonan kami tidak mendapat keserasian. Tapi saya sedikit lega apabila khabar angin ini timbul," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Seindah Ramadan TV3, di Restoran Al Rawsha, kelmarin.

Selain Elfira dan Zoey, Demi Dia turut dibarisi pelakon Dynas Mokhtar, Erma Fatima Amar Baharin dan Usop Wilcha. Drama 24 episod ini akan mula ditayangkan menerusi slot Akasia mulai 3 Julai, jam 7 malam di TV3.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apan 28-6-2013 10:17 AM
Pulak......
Quote berun 28-6-2013 10:20 AM
apan posted on 28-6-2013 10:17 AM
Pulak......

kan? aku seach jap td bcnta n org lain.. hehe kening tebal 5 inh ni
Quote LilZ 28-6-2013 10:20 AM
hot nyee.. dgn semua org bercintaa.. kui
Quote miawpink 28-6-2013 10:21 AM
patut buat program elfira mencari cinta pas ni

yg mencari cinta elfira ada lah baim wong, zoey n sape lagi artis laki yg berminat
hadiah utama dapat kawen ngan elfira
berbaloi baloi
Quote maxim 28-6-2013 10:23 AM
berun posted on 28-6-2013 10:20 AM
kan? aku seach jap td bcnta n org lain.. hehe kening tebal 5 inh ni

kalau kening pn dah tebal 5 inch, I wonder brapa tebal bulu armpit beliau?
Quote pakweneelofa 28-6-2013 10:28 AM
berlakon tah hape2 sibuk nk kontoversi becinta... piiirah
Quote md_nana 28-6-2013 10:43 AM
untung laaa elfira... Rmi berebut..
Quote krukx 28-6-2013 10:44 AM
Zoey ni yg cucuk dagu kan?
Quote amyainsamad 28-6-2013 11:01 AM
bagusla kalo betul.......
Quote berun 28-6-2013 11:01 AM
krukx posted on 28-6-2013 10:44 AM
Zoey ni yg cucuk dagu kan?

adagmbar x? share skit
Quote meeza83 28-6-2013 11:03 AM
wowwwww.. ada peminat jugak dia hehehe
Quote WIFEY_KETIAK 28-6-2013 11:04 AM



kbye!
Quote krukx 28-6-2013 11:05 AM
tak ada gambar sesuai la yg boleh guna utk compare. kau pernah tgk rancangan Gerak Geri Gasing tak kat Astro Ceria? masa tu Zoey masih belasan tahun. dagu asal dia runcing tirus mcm pompuan. sekarang dagu dia dah mcm 4 segi ala ala Datin Paduka Umie Aida
Quote biozipstar 28-6-2013 11:14 AM
jap g kang si elfira belakon ngan sape tah,, nanti die pon kene gosip ngan orang laen.. leceh tol.. haha
Quote ciklipoo 28-6-2013 11:31 AM
untung la jadi rebutan...muda lg..pokus kerjaya dulu la dik..
Quote larikesurga 28-6-2013 11:36 AM
zoey ni bukan nya ehem3 kah?
Quote psychobubble 28-6-2013 12:21 PM
suke tgk zoey ni dlm FF
tp apasal heroin elfira...terbantut hasrat nk tgk drama heols
Quote crunchez 28-6-2013 12:38 PM
bukan elfira kene gosip bercinta dgn baim wong ke?

yg dorg kata baim wong siap mengaku bercinta dgn elfira.
Quote z_k 28-6-2013 12:53 PM
pakweneelofa posted on 28-6-2013 10:28 AM
berlakon tah hape2 sibuk nk kontoversi becinta... piiirah

dia berlakon ok lah uols..
cer banding lakonan elfira dgn neelofa.

elfira better lagi lah uols...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052279 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top