CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Isteri Ashraf Muslim Risau Dengan Isu Pergolakkan Rumah Tangga Artis

30-3-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19386| Komen: 39

Pelakon Ashraf Muslim mengakui kedua-dua isterinya ada menyuarakan rasa risau berikutan isu rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan hari ini.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.



IG

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib... kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya... biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.


Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.



Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 30-3-2023 05:27 PM
oh dedua dia kawen kat luar negara..tambah lah lagi 1, kawen kat malaysia pulak..
Quote Ciktiekus 30-3-2023 06:42 PM
Dah dua tu tambahh je 3 dan 4
Quote krustykrab 30-3-2023 06:56 PM
exclusive_vvip replied at 30-3-2023 05:27 PM
oh dedua dia kawen kat luar negara..tambah lah lagi 1, kawen kat malaysia pulak..

Yg kat mekah tu kawin dgn diketahui semua pihak. Yg ke2 tu sampai bini first pengsan bila dpt tau... Serap serap....untung ko dpt bini pertama doktor..nt blh claim pencen jgk.
Quote newyork 30-3-2023 07:08 PM
Sabit 1st wife dia anak ustaz jenis redha ja nih..kalau tak meletup dah..Doktor kot ko tu artis ja hah gitu tak pun sebab asrap hensem ..ehhh jaga bini2 bebaik serap..
Quote sharlenetexas 30-3-2023 07:10 PM
Shut up

Quote dudaberhias 30-3-2023 07:25 PM
risau la takut hujung2 engko tambah cawangan ke 3, dah la dua cawangan pun dah semput lagi nak bangkrap...
Quote fair_iza 30-3-2023 07:45 PM
Isteri ke2 kerja x?
Quote Piramida 30-3-2023 08:07 PM
Dia ni kalau nak tambah pun mcm berkemampuan.
Sbb terbukti berjaya mengekalkan dua dua tu walau asal ada ribut kan?
Lagipun mampu kewangan.
Quote anggeriklatifah 30-3-2023 08:10 PM
Aku percayaaaa yg risau melebih lebih tu mestilah binik no 2.....binik no 1 mesti rilek2 je....biasa la no 2 memg selalu insecure.....mcm si salima ya habibi
Quote miss_strangers 30-3-2023 08:15 PM
Sherry ibrahim tersenyum sinis sambil menunggu giliran utk bermadu
Quote likilu 30-3-2023 08:16 PM
Sekali dua dua ni acik forum cari jugak, sorang geng penyondol, sorang geng isteri tersakiti
Quote I.K.A888990 30-3-2023 08:19 PM
tambah lagi 2 baru meriah
Quote shida81 30-3-2023 08:51 PM
Untung la ko serap.... Bini 1st dulu x nk cerai Wpun pak mertua ko suh cerai..
Quote imanjannah 30-3-2023 08:52 PM
1st wife yg ada hati emas menerima kamu dan sakinah
Quote Olumis 30-3-2023 10:02 PM
Shelup2... shelup sana, shelup sini.
Quote Joysparta 30-3-2023 10:07 PM
Ye..oleh itu..korg berdua jagalah lato2 si ashrap sebaik mgkin..jgn terlepas ke org len..
Quote ezacbee 30-3-2023 10:18 PM
miss_strangers replied at 30-3-2023 08:15 PM
Sherry ibrahim tersenyum sinis sambil menunggu giliran utk bermadu

Baru gempar.. Cinta lama berputik kembali...

Quote doridori_hi 30-3-2023 10:57 PM
Penyondol terdesak sanggup jah jadi bernombor.., kepit laki korang rapat2
Quote LadyCarefree 30-3-2023 11:50 PM
Ciktiekus replied at 30-3-2023 05:42 PM
Dah dua tu tambahh je 3 dan 4

Ambiklah Kak Nab jadi no 3.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063254 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top