Penyanyi dangdut Dewi Perssik yang dilamar juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan di Indonesia mendedahkan menerima wang bulanan daripada teman lelakinya itu, Rully. Lebih mengejutkan Dewi mendakwa Rully turut menyerahkan semua pendapatan bulanan kepadanya bagi membuktikan dia serius ingin memperisterikan penyanyi tersebut.
"Teman lelaki saya memberitahu berapa pendapatannya setiap bulan dan memberi saya wang bulanan. "Apa lebih mengejutkan, selepas dia melamar saya sebagai isterinya, dia turut menyerahkan semua gajinya kepada saya sebagai bukti dia serius ingin berkahwin dengan saya," katanya seperti dilaporkan Insertlive. Enggan terlalu gembira dengan apa diberikan teman lelakinya, Dewi turut mengingatkan Rully agar sentiasa mengutamakan keperluan peribadi sendiri. Malah kata Dewi, dia berasa kurang senang dengan pemberian kekasihnya itu memandangkan mereka tidak mempunyai ikatan suami isteri.
"Saya ada minta dia utamakan dirinya terlebih dahulu tapi Rully beritahu jika saya perlukan apa-apa hanya perlu beritahu kepadanya," katanya. Meskipun menolak tindakan baik Rully, Dewi tetap gembira dengan kesungguhan ditunjukkan lelaki itu kerana tidak pernah merasai dihargai sebelum ini. "Selama ini saya yang bergelar 'suami' tapi kali ini saya benar-benar merasai perasaan dan kebahagiaan seorang isteri," luahnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT