Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan bayaran pakaian istiadat bagi penjawat awam dinaikkan RM3,500 daripada RM1,500 berkuat kuasa serta merta. Dalam pekeliling minggu lalu, Ketua Pengarah JPA Zulkapli Mohamed, berkata penjawat awam yang layak boleh menuntut bayaran itu sekali dalam tempoh tiga tahun.
Dalam nota penjelasan, jabatan itu berkata, semua pegawai dalam kategori profesional dan pengurusan dari Gred 41 dan ke atas, kakitangan sokongan antara Gred 29 dan 40 bertugas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, antara lain, layak mendapat bayaran pakaian rasmi istiadat. Semua pegawai itu boleh menuntut RM1,000 sebagai bayaran pakaian ‘black tie’, atau pakaian separa rasmi barat, elaun lounge suit atau batik (pakaian rasmi) RM650 bagi pegawai dan RM450 untuk pasangan.
Katanya, mereka yang layak juga bagi bayaran pakaian rasmi termasuk yang dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima pingat daripada Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri yang diberikan setiap tahun atau dijemput hadir dalam upacara rasmi. “Tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan maklumat jemputan dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” kata nota itu. Bagi lelaki, pakaian hari istiadat merangkumi jaket putih, seluar hitam, songkok hitam, georget (hiasan leher), apolet (hiasan bahu), dan kasut hitam. Bagi majlis istiadat malam, pakaian rasmi adalah baju putih, jaket mess putih, seluar hitam, apolet, dan kasut hitam. Bagi wanita, pakaian siang jaket putih, kain sarung hitam, topi hitam, apolet, tas tangan hitam, dan kasut hitam. Tudung tidak dikategorikan sebagai komponen pakaian rasmi istiadat. Sumber: FMT
|
totokreturn. replied at 29-3-2023 03:49 PM
untung la yg kerja gomen dapat elaun baju tiap2 bulan
honeybee1802 replied at 29-3-2023 04:05 PM
Apa ke kepentingan pakaian istiadat ni?
totokreturn. replied at 29-3-2023 03:49 PM
untung la yg kerja gomen dapat elaun baju tiap2 bulan
totokreturn. replied at 29-3-2023 03:49 PM
untung la yg kerja gomen dapat elaun baju tiap2 bulan
totokreturn. replied at 29-3-2023 03:49 PM
untung la yg kerja gomen dapat elaun baju tiap2 bulan
stingeramadhan replied at 29-3-2023 04:10 PM
Dlm 3 tahun.....berapa majlis anggaration....anak jiran aku kata sewa lagi berbaloi....belen peruntu ...
dang_oniey replied at 30-3-2023 02:33 PM
baca tajuk je ke
ADVERTISEMENT