CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Azhar Tak Tarawih Di Masjid Sejak Awal Ramadan

29-3-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3041| Komen: 1

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus masih berehat di rumahnya sejak discaj dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 19 Mac lalu akibat masalah paru-paru dan jantung.

Menurut sumber, keadaan kesihatan Ustaz Azhar belum pulih sepenuhnya dan memerlukan rehat secukupnya.


Katanya, difahamkan beliau juga tidak ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih sejak awal Ramadan lalu.


FB

“Bagaimanapun, beliau boleh berpuasa. Cuma makan dan minum semasa berbuka serta bersahur masih perlu dikawal.

“Ustaz Azhar tidak boleh minum air melebihi satu liter sehari kerana masalah paru-paru yang dialaminya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam masa sama, sumber itu menambah, Ustaz Azhar juga perlu berjumpa dengan doktor di HSNZ untuk rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya mengajak semua umat Islam berdoa agar Allah memberi kesembuhan dan dikurniakan kesempurnaan kesihatan kepada Ustaz Azhar,” katanya.


Ustaz Azhar yang me­ngalami masalah kesihatan itu dimasukkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan pada 15 Mac dan dibenarkan keluar selepas kesihatannya semakin pulih, 19 Mac lalu.

Pendakwah terkenal, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ Al-Banjari dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut melawat Ustaz Azhar ketika menerima rawatan di hospital.

Selain itu, beliau juga telah membatalkan beberapa siri ceramah agama di seluruh negara berikutan mengalami masalah kesihatan itu. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 29-3-2023 11:21 AM
semoga cepat sembuh...GWS UAI

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.038076 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top