CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Jadi Macam Artis Lain, Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Bergaduh Tapi Tak Pernah Mengadu Di Media Sosial

29-3-2023 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7878| Komen: 40

Awal Ashaari ulas mengenai rumah tangga yang dilanda badai baik orang biasa ataupun yang bergelar artis.

“Dalam perkahwinan tak kisahlah selebriti atau orang biasa sebenarnya ada naik dan turunnya.”


Foto: IG

Menerusi temu bual bersama Hlive, Awal mengakui dengan berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial bukanlah satu cara terbaik.

“Tipulah kalau saya kata, saya dan isteri tak pernah bergaduh, tipulah kalau saya dan Scha setuju angin sahaja.


“Kita manusia, kadang-kadang kita ada benda yang kita setuju dan juga ada yang bercanggah pendapat dan banyak masalah yang kami lalui bersama.

“Maksudnya sebagai ‘public figure’, bukan semua benda kita lalui, kita kena kongsi. Walaupun kita milik orang ramai tapi ada bahagian yang kita simpan.

“Kadang kita bergaduh pun, kita tulis status di media sosial pun secara tak langsung akan ‘reflect’ hubungan atau perkahwinan kita dan kena cepat-cepat buang perkara itu,” katanya.



Walaupun niat asal untuk berkongsi masalah, keadaan boleh menjadi keruh apabila berlaku campur tangan pihak ketiga.

“Bila tengok ramai rakan-rakan artis yang secara terang-terangan berkongsi di sosial media nak dapatkan sokongan daripada netizen tentang hubungan mereka.



“Apa yang Awal boleh katakan, masalah suami isteri, orang ramai tak tahu. Dan untuk kita dedahkan masalah kita nak dapatkan pendapat orang ramai, kadang-kadang pendapat itu baik, kadang-kadang pendapat itu macam akan mendorong kita membuat keputusan yang kita sendiri tak nak.

“Bagi saya, adalah terbaik untuk kita kalau ada masalah sebagai selebriti, kita selesaikan secara peribadi sebelum berkongsi pada orang,” jelas Awal.



Dalam pada itu, Awal turut menitipkan pesan kepada semua agar tidak mencurahkan minyak ke dalam api sebaliknya mendoakan yang terbaik.

“Dan pada orang di luar sana, cukup-cukuplah mengapi-apikan atau menokok nambah sebab kita tak lalui apa yang mereka lalui dan mungkin journey mereka berlainan dengan perjalanan hidup kita.




“Apa yang kita boleh buat adalah doakan mereka sentiasa menemui jalan penyelesaian yang baik,” pesannya. -CARI

Sumber: Hlive/ XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 29-3-2023 10:20 AM
walaupun si awal ni poyo, tapi suka cara mereka sekeluarga pandai jaga exclusivity
Quote Kurex 29-3-2023 10:23 AM
Jangan bising. Akan datang tak tau lagi. Silap2 cerai, yg betina kata jantan tu gay. Yg jantan gay kata betina tu suka betina
Quote auntyonion 29-3-2023 10:46 AM
Mia sara baru lpas cash..jgn psnie awalla dondang plak cash
Quote dudaberhias 29-3-2023 10:51 AM
Alah kalau cikki dengan cikki bergaduh macam bff bertempuk tampar gitu jah. Tidak akan ada pergaduhan besar. Paling teruk pun berebut coli pagi2 sebelum pergi kerja. Gitttewww!

Malam2 berbaik balik sambil main mekap n tepek skincare sama2. Lepastu sambung menonggeng kehausan sampai ke subuh di atas katil.
Quote jambatannetizen 29-3-2023 11:16 AM
brunesss replied at 29-3-2023 10:20 AM
walaupun si awal ni poyo, tapi suka cara mereka sekeluarga pandai jaga exclusivity

Mereka berdua memang born and breed to be a CELEBRITY. Masing2 mmg ada aura retis.
Quote jambatannetizen 29-3-2023 11:17 AM
Kurex replied at 29-3-2023 10:23 AM
Jangan bising. Akan datang tak tau lagi. Silap2 cerai, yg betina kata jantan tu gay. Yg jantan gay k ...

Ku off topik kejapppppp.
Janna nickol tu betol ke nippon? Ku tengok studi sembang cara dia tenung amelia lain macemm ajek.
Quote uori 29-3-2023 11:18 AM
Awal kotttt, awal lagi nak bagi statement konpiden macam ni, k
Quote msdummy.2018 29-3-2023 11:19 AM
Jangan cakap besar ehhh..dd pun dulu pemuja suami...snlm ni siap up status nk setia bagai...
Quote Kurex 29-3-2023 11:30 AM
jambatannetizen replied at 29-3-2023 11:17 AM
Ku off topik kejapppppp.
Janna nickol tu betol ke nippon? Ku tengok studi sembang cara dia tenung ...

Kau dah dapat jawapan dari renungan mata dia hahahahaha
Quote talapia 29-3-2023 11:45 AM
aku tak rasa dia cakap besar.. wartawan tanye.. dia jawab je la..
tak pernah lagi rasanya dia up status bukan2 pasal marriage diorang. Dorang kawin pon dah lama. Bole la jugak dijadikan contoh celebrity couple..

Kalau ikutkan.. si awal ni kuat merempan jugak kat sosmed. Dan betulla dia kata.. dalam marriage mesti ada yg tak sependapat ke.. kecik ati ke.. jauh hati ke.. kawin bukan baru 4 tahun. So logikla.. dia simpan diam2 je sesama dia. Bertekak kat umah ke.. takde la dia up status sedih2 ke apa.. tang tu aku sokong.

Mcm Scha mmg kita tau dia sejenis lantak kau lah.. dia tak amik pusing sangat ..
Quote jambatannetizen 29-3-2023 11:45 AM
Kurex replied at 29-3-2023 11:30 AM
Kau dah dapat jawapan dari renungan mata dia hahahahaha

Haha Amelia siap kata “cara you pandang i lain mcm je” .
Quote Cekgushilla 29-3-2023 11:49 AM
Edited by Cekgushilla at 29-3-2023 11:50 AM

Depa dua ni mmg ngam sbb sorg feminin sorg boyish tp dibawa oleh org yg berbeza haha
Faham tak
Bila laki ni lebih feminin tak menyakit hati sgt
Dia lebih fikir dan rasa mcm prmpuan
So dia tau prempuan nk apa
Yg bini pulak mcm boyish jenih mlas cara bnda kecik
So happy marriage gitu hahah
Quote pocongkiutss 29-3-2023 11:55 AM
Cekgushilla replied at 29-3-2023 11:49 AM
Depa dua ni mmg ngam sbb sorg feminin sorg boyish tp dibawa oleh org yg berbeza haha
Faham tak
Bila  ...

Ni betul sgt2

Tp yelah..beza la Awal ni ngan solident n jantan2 ego yg lain sumer tu
Quote alieyrina 29-3-2023 11:57 AM
Memang tak bolehla hg dgn sha buat camtu..sponsor byk kut nanti semua lari
Quote moonela 29-3-2023 12:17 PM
HUsnuzzonnye acik2 porem...
Quote ninnamina 29-3-2023 12:28 PM
pasangan ni saja je join mengeruhkan suasana
Quote epal_putih 29-3-2023 12:29 PM
Yola²
Quote mohdcrow 29-3-2023 12:31 PM
kompius artis dengan orang seni ke?....aura jadi artis...wakakaka

sudah sudahla menunggang seni
Quote doridori_hi 29-3-2023 12:37 PM
Sha perlukan Awal , Awal perlukan Sha.. sama2 naik, sama2 untung maaa ..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040259 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top