CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Que Haidar Dituduh Sombong, Hanya Layan Peminat Yang Bagi Gift Di Tiktok

29-3-2023 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4291| Komen: 14

Description: Nama Que Haidar tiba-tiba dipetik individu yang mendakwa dirinya bongkak, hanya melayan peminat yang memberi hadiah atau duit semasa Live di TikTok.
Nama Que Haidar tiba-tiba dipetik individu yang mendakwa dirinya bongkak, hanya melayan peminat yang memberi hadiah atau duit semasa Live di TikTok.

Menurut ndividu berkenaan di Twitter, Que ego sepanjang siaran langsung tersebut berlangsung.


Foto: IG

“Tak nak tengok sangat QH (Que Haidar) TikTok live. Dia memilih, hanya baca komen kawan-kawan yang bagi coins (hadiah) pada dia saja. Kita yang miskin, dia tak komen. Dia ada ego sebab dia pelakon kan,” tulisnya.

Menyedari namanya menjadi sebutan, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar tanpa berdiam diri tampil menjernihkan keadaan menerusi satu hantaran status di TikTok.




Dia memohon maaf kepada individu tersebut terlebih dahulu kerana telah menggoreskan hatinya. Jelas Que Haidar, aktor filem terkenal Lagenda Budak Setan ini tiada niat untuk mengabaikannya.

“Assalamualaikum semua. Selalunya sebelum saya akhiri live, saya akan mendoakan untuk semua dan saya juga minta maaf jika ada silap saya serta rakan-rakan pada semua yang menonton.

“Saya cuba. Saya cuba untuk tiada sesiapa pun yang terasa hati dengan saya. Ya, saya cuba. Maaf sekali lagi pada sesiapa yang masih ada terasa hati dengan saya.

“Kepada saudara ini yang post tweet tentang terasa hati dengan saya, saya tidak tahu apa niat saudara tapi saudara sentiasa dalam doa saya. Maaf jika saya terlepas pandang komen saudara."


Di ruangan komen, ramai pengikutnya memuji Que Haidar seorang pelakon dan selebriti yang rajin melayan peminat-peminatnya dan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Dia ok je la. Tak sombong. Beratus-ratus komen pun laju. Mana yang dia sempat dan perasan, dia bacalah,” kata salah seorang netizen. -CARI


Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 29-3-2023 09:30 AM
Sungguh aku x paham yang hadap nk tgk live retis2 smpi sanggup bg hadiah or coins untuk org tu sebut nama.
Ko dpt apekah?
Quote cikatilia 29-3-2023 02:41 PM
xde beza la kan dgn caprut2 yg buat live tido la mandi la tu.. sama aje.
Quote rayray28 29-3-2023 03:07 PM
Alahai pasal komen je pn nk jd isu ke? Hadap sgt komen dr mamat ni dh kenapa? Bkn ahli keluarga pn kan
Quote belacan_gurl 29-3-2023 03:34 PM
Hello dia x sombong ok...mandai2 je

~~follower TikTok beliau ~~
Quote codenamedream 29-3-2023 03:39 PM
Apa yang dorang hadap sgt dimention atau disedari oleh artis....

Quote likilu 29-3-2023 07:58 PM
Bitter ko dek, anak dia lawa ko tak pandai ambik hati memang melepas lah

Xbest la retis nak live manjang, banyak cakap banyak silapnya. Nak hiburkan orang pergi buat teater atau konsert atau filem. Baru boleh cinta lokasi, scandal n masalah rumahtangga. Acik forum ni bukan tgk sangat karya anak tempatan, tapi nak menyebuk hal tepi kain orang je yang sebenonya
Quote perembes 29-3-2023 08:02 PM
anak sulung dia muka matang dr usia
Quote makita 29-3-2023 08:03 PM
rayray28 replied at 29-3-2023 03:07 PM
Alahai pasal komen je pn nk jd isu ke? Hadap sgt komen dr mamat ni dh kenapa? Bkn ahli keluarga pn k ...

Ni mesti jenis pantang jumpa retis mesti nak amek gambar..kalau dari jauh babai2 kat retis...retis tu lak rabun tak babai balik..abes penuh status kat IG kutuk2 retis tu sombong yach.
Quote sleepandream 29-3-2023 09:25 PM
kurang kasih sayang lettewww.... org tak baca komen pun bitter
Quote dudaberhias 29-3-2023 09:31 PM
Dah sape suruh ko hadap sangat retis komen pasal ko ke tidak??? Takde life ke dik? Kalau takde keje pergi lah ko jadi agen kek keras kejung mamasabariah tu. Kena kambuih kek belakang rumah pun asalkan ada juga keje dan pengalaman ko dapat dari hadap retis ni...

Mesti ponen bottom kan yang beria ni??? Fefeeling akan di henyak dek top chinese look gittew. Orang tu dah berbini dek oi. Muka ko pun macam loji kumbahan ada hati nak berangan boleh tundukkan jantan straight. Choiiiiiiiii!
Quote samshik 30-3-2023 04:51 AM
Batak sgt nk retis knal ko dikkk
Quote MatDeghem 30-3-2023 06:05 AM
Sangkak Betul retis retis yg hadap hadiah Dari peminat.  Yg peminat... lobenak betul. keluar duit beli hadiah hanya nak tengok dan bebual dgn retis sangkak mereka.
Quote Knowlee 30-3-2023 09:08 AM
Please lah perangai hadap retis ni... Takde apa-apa manfaat pun. Baik tengok video Panda, lagi menceriakan hati.
Quote matjerk 30-3-2023 09:22 AM
Berapa harga gift2 tu semua?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045537 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top