CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sam Bunkface Mohon Pindaan Nafkah, Bekas Isteri Tak Setuju, "Tunjuk Bukti Kalau Tak Mampu, Dah 6 Bulan Tak Jumpa Anak, Call Pun Tak Jawab"

29-3-2023 08:46 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14552| Komen: 124|Original author: Saiful

Description: Pada petang Selasa, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 35, dan bekas isterinya Aida Azira Hussin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka.
Pada petang Selasa, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 35, dan bekas isterinya Aida Azira Hussin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka.


Namun wanita itu tidak bersetuju dengan permohonan dibuat oleh Sam berhubung nafkah anak lelaki tunggal mereka.

Foto: IG


Aida kata dah jadi tanggungjawab Sam sebagai bapa untuk melunaskan nafkah buat anak mereka dan bukannya memohon untuk ia dipinda.

"Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak dia secukupnya," katanya kepada mStar Online


Kata Aida dia tidak melihat Sam mempunyai kesulitan membayar nafkah anak apatah lagi gambaran di media sosial tidak menunjukkan dia mengalami masalah.


Aida juga minta Sam mengemukakan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan mahu pun tawaran persembahan yang menyebabkan dia ingin meminda nafkah anak mereka.

Aida, Sam


"Ya ke? Dia kena buktikanlah kalau dia tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok dekat media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap," ujarnya.

Aida juga memberitahu sudah enam bulan penyanyi itu tidak berjumpa dengan anak mereka, Maleeq.



Lebih mengecewakan kata Aida, panggilan yang dibuat juga tidak dijawab.

"Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia.

"Anak saya cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak," katanya.

Sementara itu, Sam ketika ditemui enggan mengulas mengenai isu nafkah berkenaan.

"Selamat berpuasa, selamat beramal. Semoga Allah merahmati," katanya.



Untuk rekod, Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleeq yang kini berusia enam tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamexkame 29-3-2023 08:49 AM
Edited by kamexkame at 4-4-2023 02:13 PM

Apsal tak ambik tahu hal anak tu. Jangan menyesal tua nanti
Quote myakayina 29-3-2023 09:02 AM
dah dpt apam baru anak tu jgn dilupa sam..amanah tu..nafkah tu mmg dah tanggungjawab bapak..
Quote mawarmatahari 29-3-2023 09:13 AM
Busuk punya org
Quote putu 29-3-2023 09:14 AM
Mcm2 prangai lelaki zaman now ni
Quote supernaturalee 29-3-2023 09:22 AM
kump bunkface pun dh lama xde lagu baru
no wonder xde show kot

beza dgn artis luar
kita igt senyap sbb xde lagu baru
sekali tour merata us
contoh bruce springsteen
laku keras lagi

Quote mamaazim 29-3-2023 09:36 AM
kan bila kisah artis keluar baru kita tau cam ni lah lelaki. actually dekat mahkamah tu banyak kes2 nafkah yg tertangguh cam ni. yg lelaki tak datang bicara pun ramai buatkan kes tertangguh2. yg kesian para2 isteri yg memperjuangkan nasib2 anak2 sendiri.. yg gantung tak ber tali tp tak nak ceraikan isteri pun ada gak isteri tulah yg kene ambik lawyer beribu nak settlekan hak mereka... yg lelaki aman2 je boleh kawin lain n ada anak lain.. time utk anak previous marriage nak mintak nafkah ha mulalah nak kurangkan lah nak itulah nak inilah...
Quote krustykrab 29-3-2023 09:38 AM
Tu la samsul, kalao ko pi keje gomen ke ada la jgk pendapatan tetap, pencen pun ado..ni jd retis sendu pulak tu, kawin cerai kawin, ada anak nk kna bg nafkah, tak leh nk kata ko tak mampu. Takkn x bini ko kna tanggung pulak kn. Hukum tuhan tu.
Quote hanihan16 29-3-2023 09:41 AM
nama bini sedap2. aida azira, eifa ezrin, macam dlm drama
Quote edoraixora 29-3-2023 09:50 AM
amboiiiii.....senang betul jadi lelaki, nak mengelat jer bab nafkah
usahalah carik duit lebih, muda lagi, badan pun sihat walafiat lagi

Quote alieyrina 29-3-2023 10:06 AM
Takkan nak duduk melangut tggu ofer. P lah cari keja tetap
Quote sukacactus 29-3-2023 10:09 AM
Biasa la org laki...cerai dgn ex wife, ank2 pun jd ex jg
Xpayah ambik tau dah
Quote da_lynn 29-3-2023 10:15 AM
Uiii sam, apo ni. Kenapa taknak ikut contoh macam daddy hang tu. Walaupun dah divorced dengan mak hang dari hang kecik coet lagi, dia yang bela hang dengan adik beradik lain sampai korang dah tua bangka. Dulu daddy hang masa korang kecik² pun susah jugak, elok jugak korang besar mcm orang skrg ni
Quote beatgirlX 29-3-2023 10:17 AM
Ingatkan sayang betul ngan anak.. Jgn gitu... Sblm ni mesra tentulah anak tu terasa bila lama x jmpa..
Dgn isteri baru ada zuriat ke tak?
Quote SherryZass 29-3-2023 10:21 AM
Orang lelaki ni lepas cerai jadi badigol terus ke? kalau isteri yelah jadi ex, yg anak masih anak lagi ya, takde istilah ex-anak.
Quote syamzana 29-3-2023 10:25 AM
payah betui jantan kalau nak menikoh je tp makan pakai anak tggu bini usahakan. dah tau suam2 kuku aritu gigih lg nikoh lain, nafkah anak kelaut.
Quote akuMNdia 29-3-2023 10:33 AM
spesis hanat buat bodoh pasal nafkah anak ni elok meninggal jer.
Quote lifeline 29-3-2023 10:35 AM
mamaazim replied at 29-3-2023 09:36 AM
kan bila kisah artis keluar baru kita tau cam ni lah lelaki. actually dekat mahkamah tu banyak kes2  ...

taguna jantan jantan mcm ni
hidup menyusahkan org je
semoga kita semua di jauh kan
amiinn
jantan2 yg mcm ni time dorang xnak senang2 je lafaz cerai x fikir apa dah dkt live tt pon boleh lafaz
time diorang nk n rasa berkepentingan tu kemain pegang x mau lafaz
kadang bukan sbb syg tp sebab dendam n rasa kuasa tu kt tangan sendiri

puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii geram lak aiii

utk tk OT, sam ooi tu anak hang bagi la nafkah kot ye pon xde duit sesangat at least jenguk la anak tu
sian budak tu
tgk video naik skuter je p mahkamah sempoiii
tp syg la bunkface ni ada peminat tersendri
come back la baik masing2 pon muda lagi
Quote sheetRock 29-3-2023 10:39 AM
tapi dia nih rupe bad boy betol...
n rambut mcm tuh... tah la...penarik itu ada...

sempoi dtg mahkamah naik motor helmet cam bebudak biasa ajer.... mcm zaman2 iols belaja dulu...

tapi da tua bangka laaa sam nih

perangai tolak tepi...

Quote bulalof 29-3-2023 10:40 AM
camanalah agaknya boleh lupa terus jenguk darah daging sendiri?

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064406 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top