DODOMA, TANZANIA – Seorang wanita di Tanzania mengundang kontroversi kerana mengaku memiliki tiga orang suami Tuko melaporkan, wanita dikenali sebagai Nellie itu mengaku menjadi ‘pemegang rekod’ di kejiranannya kerana mengahwini tiga lelaki dan tinggal sebumbung dengan semuany.
“Saya telah tinggal bersama tiga suami ini selama tiga tahun. “Saya dahulunya mempunyai seorang suami yang kemudian meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. “Selepas itu, saya hanya tinggal bersama saudara lelaki mendiang yang akhirnya membuatkan saya jatuh cinta kepadanya,” kata Nellie sambil merujuk kepada salah seorang suaminya, Hassan. Tiga suami Nellie iaitu Jimmy, Danny dan Hassan tidak mempunyai pilihan selain menjadi rakan baik kerana tinggal bersama di bawah satu bumbung. Menurut Nelli, dia berkenalan dengan Danny ketika lelaki itu baru tamat belajar dan belum mendapat pekerjaan.
Jimmy pula ditemui ketika sedang duduk bersendirian kerana tertekan dengan masalah cinta. Pengakuan Nellie itu menjadi perbincangan hangat yang turut mendapat perhatian seorang peguam yang berkata, tindakan wanita berkenaan adalah menyalahi undang-undang. Peguam tersebut, Nicodemus Agweyo berkata, tidak seperti poligami yang sah di sisi undang-undang, poliandri sebaliknya merupakan satu kesalahan. “Jika seorang wanita didapati berkahwin dengan lebih daripada seorang lelaki, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun,” katanya kepada Ayo TV. Tambahnya, klausa itu adalah jelas dan tidak menawarkan hukuman alternatif seperti pembayaran denda.-CARI Sumber: Kosmo
|
pekanwoohoo replied at 28-3-2023 11:16 AM
Kalau beranak, bapaknya yang mana satu?
Soalan ni pernah ustaz ajar agama pernah tanya kenapa perem ...
sukacactus replied at 28-3-2023 03:06 PM
Bila bini period, yg laki2 buat aktiviti bersama ahaks!
ADVERTISEMENT