Harga sebuah motosikal Yamaha RXZ sama menjadi bualan ramai apabila mencecah puluhan ribu ringgit walaupun harga asalnya jauh lebih rendah. Fenomena terhadap motosikal itu kini semakin ‘menggila’ apabila ada individu yang sanggup menjual ‘serpihan karat’ motosikal tersebut pada harga RM2,500.
Di Facebook, individu yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur telah mengiklankan serpihan besi tersebut di beberapa kumpulan permotoran. Menurut individu tersebut serpihan karat itu berasal dari sebuah motosikal Yamaha RXZ keluaran tahun 1986. “Serpihan karat RXZ 135. Serpihan original (asal) dari motor tahun 1986. Sesuai untuk yang nak ‘restore’, body (kerangka) dulu tak pernah repaint (cat semula). “Dapat macam dalam gambar (skup kuning tidak termasuk. Boleh towing seluruh Malaysia, serpihan dari pemilik pertama.
“RM2,500 nego, nak tengok depan-depan boleh COD (bayar semasa penghantaran) sekitar Kelantan. Pembeli serius sila WhatsApp,”tulisnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam individu tersebut yang dikatakan sangat melampau dan iklan tersebut sebagai tidak masuk akal. “Aku rasa ini saja yang ‘troll’ supaya pengguna mengecam penjual terutamanya dari Pantai Timur,”kata Aman Razak ll. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tok Ayah Honda. “Kalau betul iklan ini dan ada orang beli, tak tahu nak cakap apa, mungkin lepas ni lagi menggila harga RXZ,” ujarnya. Tidak pasti sama ada iklan itu betul-betul wujud atau hanya sekadar ‘troll’ yang sengaja dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab. –CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 28-3-2023 02:57 PM
yg aneh2 dari pantai timur
pokokmeranti replied at 28-3-2023 07:23 AM
pantai timur nie kelantan, terengganu dan pahang kan....lebih afdal sebut yg pelik2 dtg dari kelan ...
KamikuP replied at 28-3-2023 03:44 PM
Direct sgt tuh cuolss.. ekekekek
ADVERTISEMENT