CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembang Tekak Beli Sup Kaki Ayam Di Bazar Ramadan, Kuku Tak Dipotong Dah Macam Kaki Hantu

28-3-2023 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5314| Komen: 14

Seorang lelaki mendakwa dirinya telah membeli sup kaki ayam yang tidak dipotong kuku di sebuah bazar Ramadan.

Menerusi Facebook, hantaran berserta gambar juadah daripada pengguna dikenali Fakhrurazi Mohammad itu telah mencuri perhatian ramai pengguna.



Foto: FB

“Teringin nak makan kaki ayam. Tengok di bazar tadi nampak sedap.

“Balik rumah sekali tengok kaki hantu. Putus angin nak makan kaki macam ni,” tulisnya.

Ramai pengguna dilihat tidak berpuas hati dengan sikap peniaga yang memandang remeh tentang kebersihan penyediaan makanan selain mempersoalkan keberkatan rezeki mereka pada bulan Ramadan.

“Ya Allah, kuku tak potong dah macam jari zombie gamaknya,” ujar Nitafandi Nita.

“Pernah juga anak beli martabak kuah kari ayam, dapat pakej sekali kaki ayam dalam kuah kari. Bila nak makan baru perasan kuku tajam tak potong. Terus hilang selera makan. Bulan puasa mana adab berniaga?,” soal Rodyawati Mohday Rod.


Dalam pada itu, ramai juga pengguna yang memberi komen terhadap masakan sup yang dijual oleh peniaga di bazar yang belum didedahkan lokasinya oleh lelaki terbabit.

“Alamak, tengok kuah pun cair jernih saja,”kata Siti Azanah.

“Masalahnya sup ke air tasik bunian tu?,” soal Eni Soraya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 28-3-2023 09:17 AM
Hahaha dah rupa macam kat research lab anatomy yg di preserved dlm balang.
Quote Themilo 28-3-2023 09:22 AM
kalau weols yang dapat, memang weols hempas kampit plastik tu depan penjual
Quote Decaffeinated 28-3-2023 09:39 AM
Kuku geli tapi kaki boleh pula. bukan sama ja ka dua2 pijak taik?

btw kuku ayam macam kuku manusia kan boleh perangkap kotoran celah2 tu.




Quote Simunggu 28-3-2023 09:42 AM
banyak banyak sup...sup kaki ayam kau makan..
Quote plywood 28-3-2023 09:52 AM
Hahaha nak makan kaki ayam kena ada keberanian. Even dah potong pun masih ada rasa seram nak makan sebab bentuk kaki yang jelas...

aku selalu masak kaki ayam, dua kali masak, rebus dulu beberapa minit untuk bersihkan, baru masak pc + cuka + herba untuk hilangkan bau, lepas tu baru masak ikut suka...ni sumber gelatin yang bagus kalau terasa urat mahal sangat
Quote Thunderclouds 28-3-2023 10:24 AM
Waktu beli pejam mata tunjuk² ke?
Dh blk rumah br bkk mata tgk.
Sup kaki ayam ni menu wajib jaman student.
Nk beli aym mahal.
Tp nk mkn jugk aym.
Masak kaki ayam
Nk awet muda mkn kaki ayam
Quote ezacbee 28-3-2023 10:51 AM
Sebelum beli takan xperasan kuku kaki ayam tu.. heran tul.
Quote KamikuP 28-3-2023 11:17 AM
ni mesti yg niaga ni acik gomen ambik unpaid leave pastu niaga kat bazar khuenzz- kataku serkap jarang
Quote kakikuDibibirmu 28-3-2023 11:20 AM
Siapalah pulak nak kena ketip kuku ayam tu?
Quote chandrahusin 28-3-2023 11:28 AM
Tak kan la tak nmpak masa ambik dr penjual?
Kau pulang la balik siap2 tak yah bayar
Nak jgk bwk balik tayang dlm medsos
Kwn aku pun sama letak kat dlm grup
Apa2 yg tak kena kat Bazaar
Pdhal boleh je masak sndr atau pilih kedai yg mmg kau tau
Quote pokokmeranti 28-3-2023 03:34 PM
aku suka sup kaki ayam. selalu masak sendiri
Quote rosmahisham 28-3-2023 08:13 PM
Aku x kn mkn kaki ayam klu kat luar slain dr sendiri masak..mana tau ada kaki ayam.yg berkutil tu pon dimasukkn sekali dh byk3 giteww..mana nk perasan kn..tu kdg2 iols takot nk mkn mihun sup/mee kari kat luar..terbyg kaki ayam berkutil hi hi
Quote cap_ayam 28-3-2023 08:15 PM
Tukang masak warga asing ke
Quote bitterchoc 28-3-2023 10:07 PM


kaki hantu
Ni macam ambik lepas potong, terus masuk dalam periuk, tambah air, tambah garam pastu jual. Baik beli kaki ayam kat supermarket yang dah diproses pastu masak sendiri la dik. Bahan2 semua murah je.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069271 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top