PETALING JAYA – Segelintir peniaga di bazar Ramadan dilihat cuba meraih keutungan berlebihan dengan mengenakan harga juadah berbuka puasa terlalu mahal kepada pembeli. Seorang pengguna Facebook Na Ma, dia terkejut melihat harga sebiji martabak yang dikenakan oleh peniaga di sebuah bazar Ramadan.
Menerusi gambar yang dikongsi itu, peniaga tersebut mengenakan harga martabak daging atau ayam istimewa berharga RM20 setiap satu manakala RM17 bagi martabak biasa. “Silap masuk Bazar T20 ni,” kata Na Ma tanpa menyebut di mana lokasi bazar Ramadan tersebut. Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan peniaga berkenaan dan menyifatkan harga makanan tersebut tidak masuk akal. “Berniaga satu hari saja ni, lepastu boleh pusing dunia,” kata Syed Khairi. “Tahun ini, lebih baik makan bufet jauh lebih murah berbanding dekat bazar. Mahal sangat sekarang ni,” ujar Jenna.
“Boleh beli lapan martabak kalau RM20, berbuka sampai sahur. Nak kata saiz besar terang-terang tahu saiznya mungkin inti murtabak rusa atau kambing siapa tahu tapi terang-terang tulis daging dan ayam,” kata Navindra. -CARI Sumber: Kosmo
|
chikumanis replied at 28-3-2023 09:36 AM
risau nak masuk bazar tahun ni walau belum pernah jejak lagi. bukan risau apa, risau me tercarut je ...
stingeramadhan replied at 28-3-2023 09:40 AM
Tagline sesungguhnyer aku sedang berpuasa tak terpakai utk ko diwaktu bulan ramadhan ini?
chikumanis replied at 28-3-2023 09:44 AM
tak terpakai langsung
Simunggu replied at 28-3-2023 09:54 AM
mahalnya..harga kayangan ni
cap_ayam replied at 28-3-2023 10:00 AM
Murtabak singapore ke..
ADVERTISEMENT