CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lekeh Sangat Ke Ambil STPM? Kenapa Nak Mansuh Tingkatan 6?

27-3-2023 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17376| Komen: 91

Kuala Lumpur: Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, Tingkatan Enam mencakupi peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan diberi jaminan bahawa ia mesti wujud serta diteruskan.



Fadhlina, Foto: Harian Metro

"Kewujudannya bertujuan pastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa… STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

"Seluruh universiti awam di negara kita iktiraf kelulusan ini, malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia iktiraf sijil STPM, jadi lulusan Tingkatan Enam ini boleh lanjut pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel juga Timur Tengah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan Usul Menjujung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program Matrikulasi.

Fadhlina berkata, pendidikan Tingkatan Enam mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.

"Tingkatan Enam ini bertujuan memberi akses seluas-seluasnya pada lepasan menengah, pada murid, menerusi 643 pusat Tingkatan Enam pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara.

"Malah, KPM juga akan luaskan Kolej Tingkatan Enam yang dirancang di Pahang iaitu di Kolej Astana, Kuantan dan satu lagi di Sri Lipis, di samping pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Kelantan yang telah lulus peruntukan pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 27-3-2023 05:50 PM
Apa lagi nak mansuhkan? Lepas satu, satu
Quote tripleid 27-3-2023 07:21 PM
Dominic Gerakan (PN) ni mmg kaki jilat  Dong Zong pun.so x heran la dia nk mansuh stp

IMG_20230327_191919.jpg

Quote shida81 27-3-2023 07:34 PM
Ak pun nk tny form 6 ni relevant lg ke... Mmg klu nk msk u klu result spm x OK boleh pakai form 6 ke...
Quote wirazam 27-3-2023 07:36 PM
Then mansuh matrikulasi lar..stpm Tu dah diiktiraf peringkat international kan..boleh masuk lebih dari 2000 universiti..
Jadikan matrikulasi ni ala ala stpm berasrama gitu..boleh ke tidak?
Quote syamzana 27-3-2023 08:04 PM
shida81 replied at 27-3-2023 07:34 PM
Ak pun nk tny form 6 ni relevant lg ke... Mmg klu nk msk u klu result spm x OK boleh pakai form 6 ke ...

stpm ni sama level matrik la. sapa2 yg ada stpm tak tgk dah result spm uols kalau nak masuk uni sama mcm depa tgk result matrik la.
skrg ni lagi la stpm dah buat exam by semeter macam matrik/asasi tak mcm dulu lg dah ambil exam after 2yrs bljr.
bg iols relevant je mana2 pljr yg kurang mampu nak smbg matrik ke mana2 asasi sume tu blh ambil stpm ni sbb biasanya sek2 kan dekat dgn rumah.
Quote mimiloma 27-3-2023 08:16 PM
syamzana replied at 27-3-2023 08:04 PM
stpm ni sama level matrik la. sapa2 yg ada stpm tak tgk dah result spm uols kalau nak masuk uni sa ...

level stpm lg tinggi dr matriks la. even diploma holder pun kalah dgn stpm holder.
Quote syamzana 27-3-2023 08:34 PM
mimiloma replied at 27-3-2023 08:16 PM
level stpm lg tinggi dr matriks la. even diploma holder pun kalah dgn stpm holder.

ooo yeke
kalau kat upu tu tulis setara jah stpm/matrik/a-level. diploma plak kalau smbg degree sama uni sama dpt la transfer kredit kalau tak dikira setaraf je dgn stpm tu.
tp ni 2/3 thn lepas la...kot skrg dah lain tatau la.
Quote shida81 27-3-2023 08:39 PM
syamzana replied at 27-3-2023 08:04 PM
stpm ni sama level matrik la. sapa2 yg ada stpm tak tgk dah result spm uols kalau nak masuk uni sa ...

sbb mase zaman ak dulu stpm ni mcm x brp laku
x tau la zaman skang mcm mn
klu still relevant knp pulak nk mansuhkan
Quote B40tastePosh 27-3-2023 08:41 PM
Edited by B40tastePosh at 27-3-2023 08:45 PM
shida81 replied at 27-3-2023 07:34 PM
Ak pun nk tny form 6 ni relevant lg ke... Mmg klu nk msk u klu result spm x OK boleh pakai form 6 ke ...


Aku rasa better Sijil SKM, Pra Diploma, Matrikulasi dan Asasi (Universiti) je. Biar Universiti/Institute tu yang urus mereka. Dan kuasa penuh biar pada Institusi tu.

Tak perlu STPM.

Biar pelajar menjurus terus dlm kursus yang mereka nak. Ibubapa kena explore betul² minat anak2 semasa kecil.
Quote kepompong 27-3-2023 08:41 PM
shida81 replied at 27-3-2023 07:34 PM
Ak pun nk tny form 6 ni relevant lg ke... Mmg klu nk msk u klu result spm x OK boleh pakai form 6 ke ...

spm tak boleh masuk u. cuma boleh pre-u

pre-u ada byk nama - stpm, a level, matriculation, asasi, persediaan , diploma & sewaktu dgn nya
Quote kepompong 27-3-2023 08:43 PM
shida81 replied at 27-3-2023 08:39 PM
sbb mase zaman ak dulu stpm ni mcm x brp laku
x tau la zaman skang mcm mn
klu still relevant knp p ...

what is the meaning of tak brp laku hahhaahaa lawak pulak ayat “tak brp laku” tu… dah level dia sama taraf pre-u & diploma… kalau lulus, laku lah tu
Quote kepompong 27-3-2023 08:43 PM
B40tastePosh replied at 27-3-2023 08:41 PM
Aku rasa better Sijil SKM, Pra Universitu, Matrikulasi dan Asasi (Universiti) je.

Tak perlu STPM. ...

ini betul. tapi tak semua org mampu nak masuk matrik / foundation etc. esp non-bumi
Quote B40tastePosh 27-3-2023 08:47 PM
Edited by B40tastePosh at 27-3-2023 08:51 PM
kepompong replied at 27-3-2023 08:43 PM
ini betul. tapi tak semua org mampu nak masuk matrik / foundation etc. esp non-bumi


Boleh pilih Sijil SKM dari Institute yang ada di Malaysia contoh Institute Latihan Perindustrian Ipoh atau Institute Kraftangan Malaysia. Dimana tiada bayaran dikenakan.

Di Malaysia ni tiada yang mustahil kalau korang berusaha untuk tingkatkan pendidikan. Sebab tu aku hentam je siapa yang kerja masih gaji minimum.
Quote syamzana 27-3-2023 08:51 PM
B40tastePosh replied at 27-3-2023 08:47 PM
Boleh pilih Sijil SKM dari Institute yang ada di Malaysia contoh Institute Latihan Perindustrian I ...

sijil skm ni lain dah tarafnya.
kalau bdk yg tak mampu dr segi kewangan tp mampu bljr (bijak la) takkan nak suh depa amik skm tu.
panjang plak laluan depa nak ambil degree nanti
Quote B40tastePosh 27-3-2023 08:54 PM
Edited by B40tastePosh at 27-3-2023 08:56 PM
syamzana replied at 27-3-2023 08:51 PM
sijil skm ni lain dah tarafnya.
kalau bdk yg tak mampu dr segi kewangan tp mampu bljr (bijak la) t ...


Tak panjang pun. Kalau dah ambil SKM. Dah boleh ambil Diploma.

Pada aku Diploma  dan Sijil SKM ,pelajar dah boleh dapat kerja dengan tangga gaji atas dari gaji minimum...diorang dah boleh buat resume cantik2.

Kalau korang guna STPM korang akan stuck pada gaji minimum.

Masa dalam kerja tu diorang ada Diploma, diorg boleh buat PJJ untuk Ijazah Sarjana Muda.
Quote kepompong 27-3-2023 08:54 PM
B40tastePosh replied at 27-3-2023 08:47 PM
Boleh pilih Sijil SKM dari Institute yang ada di Malaysia contoh Institute Latihan Perindustrian I ...

owh i mean , mereka yg nak ambik degree ambik course professional. mmg stpm pilihan terbaik , ambik fizik , kimia , bio
Quote Suchi 27-3-2023 08:56 PM
Edited by Suchi at 27-3-2023 08:59 PM

Biar jelaa, tp iols suka sejak sek teknik jd kolej vokasional.

Abis form 3 masuk situ dh takyah pikir pasal subjek2 lain yg memeningkan kepala tu. Terus fokus je kemahiran yg korang minat.
Belajar sampai diploma terus kat situ. Nanti boleh amik degree kat UTHM kan?
Dulu2 abis sek teknik kena masuk politeknik kan? Btw politeknik masih wujudkan so situ leh amik degree ke cemana?
Sbb ank buah iols masuk kolej vokasional ni, dia kata terus sambung diploma je kt situ.
Quote syamzana 27-3-2023 08:57 PM
shida81 replied at 27-3-2023 08:39 PM
sbb mase zaman ak dulu stpm ni mcm x brp laku
x tau la zaman skang mcm mn
klu still relevant knp p ...

betul jugak. zaman dulu yg ambil spm thn 90an smpai la awal 2000 biasanya bdk2 tak lepas masuk matriks/asasi pelbagai tu la akan ambil stpm. pilihan lain yg ada time ni samada politeknik/itm (ms ni x wujud lg uitm) tp buat diploma 3yrs plak.
tapi bila dah masuk uni tu iols perasan je ramai bdk2 lepasan stpm ni especially fakulti management. kalau fakulti iols (engineering) lepasan stpm ni sume chinese.
Quote B40tastePosh 27-3-2023 08:58 PM
kepompong replied at 27-3-2023 08:54 PM
owh i mean , mereka yg nak ambik degree ambik course professional. mmg stpm pilihan terbaik , ambi ...

STPM ni satu je yang bahaya...pelajar boleh stuck pada gaji minimum kalau tak berjaya sambung ke degree.

Best option perform semasa SPM dan masuk Pre Dip, Asasi atau Matrikulasi kalau nak ambil course Medic atau Applied Science.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054484 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top