Bazar Ramadan Rahmah di People's Park di Ipoh, Perak menyajikan pelbagai juadah di bawah RM5 dengan menu berkualiti untuk pengunjung membuat pilihan mendapatkan makanan atau minuman bagi persediaan berbuka puasa.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat 20 gerai di bazar itu yang beroperasi bermula 3 petang hingga 7.30 malam dengan rata-rata makanan atau minuman dijual pada harga bawah RM5, seperti Roti John, meatball, popia dan martabak. Peniaga mi goreng Mohamad Izzat Hamdi Mohamad Norhisham, 23, berkata kewujudan bazar itu memberi peluang kepadanya untuk mencari rezeki dan menganggap inisiatif yang digerakkan kerajaan itu sangat membantu peniaga kecil.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|