Kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Nature Microbiology mendapati individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 mungkin mengalami perubahan struktur genom yang menjelaskan berlakunya imuniti dan risiko komplikasi jangka panjang akibat Covid-19, lapor portal berita Wion News kelmarin.
SARS-CoV-2 adalah virus penyebab Covid-19. Menurut kajian, virus itu boleh menyerang kromatin (DNA) iaitu struktur di mana bahan genetik dalam sel manusia disimpan. Kajian itu mencadangkan bahawa sesetengah virus boleh merampas atau menukar kromatin manusia untuk membiak dalam sel tetapi sama ada atau bagaimana SARS-CoV-2 boleh menjejaskan kromatin masih belum diketahui.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|