CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SUV rempuh kedai makan, silap tekan pedal

26-3-2023 09:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 286| Komen: 1|Original author: Tatod

Dua individu cedera apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka merempuh masuk sebuah premis kedai makanan di Jalan Bandar Timah di sini, malam tadi.

Kejadian 9.52 malam itu mengakibatkan pemandu Proton X50 itu iaitu seorang wanita berumur 50-an mengalami lebam di dahi, manakala seorang lelaki berumur 60-an yang berada di tempat duduk penumpang mengalami luka di muka serta bahagian kiri badan dan dirawat di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, bagaimanapun, kejadian berlaku sewaktu premis terbabit tidak menjalankan operasi perniagaan.


Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu yang tersilap tekan pedal minyak semasa ingin parkir, mengakibatkan kenderaan itu terus naik atas pembahagi jalan di kaki lima deretan kedai seterusnya masuk ke dalam kedai.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-3-2023 09:40 AM
Terkejut ke sampai terlanggar kedai cendol Abg kacak yg femes kat Ipoh ni ?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044382 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top