CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terhidu gas beracun dari tong berisi ikan busuk, 1 tidak sedarkan diri, 4 selamat

26-3-2023 08:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 317| Komen: 1|Original author: Tatod

Lelaki tidak sedarkan diri, manakala empat rakan sekerjanya selamat selepas terhidu gas beracun dipercayai daripada tong berisi ikan yang busuk di sebuah jeti di Sepanggar, Kota Kinabalu, malam tadi.

Dalam kejadian 8.10 malam itu, Jirol Carumpi, 23, ditemukan tidak sedarkan diri, manakala empat lagi mangsa berusia antara 19 hingga 39 tahun, selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan kejadian, sepasukan anggota dan pegawai bomba termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.


Katanya, setiba di lokasi, pasukan Hazmat lengkap tidak mengesan apa-apa bahan kimia.

Mangsa diberi rawatan awal. SUMBER Harian Metro.

"Terdapat lima mangsa dilaporkan terbabit dikeluarkan oleh pasukan Hazmat. Seorang daripada mangsa tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Empat lagi selamat dan turut dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati semua mangsa terhidu gas beracun berpunca daripada sebuah tong berisi ikan yang busuk.

"Operasi ditamatkan pada 10.08 malam tadi," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 27-3-2023 06:32 AM
mesti busuk sgt smpi jd toksik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.115116 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top