CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantin sekolah buka sepanjang Ramadan, Fadhlina tak nak pelajar tak puasa makan di tempat tak sesuai

26-3-2023 05:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 366| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Kementerian Pendidikan(KPM) sekali lagi menegaskan tiada penutupan kantin sekolah sepanjang Ramadan, malah menyarankan premis itu dibuka untuk menyantuni murid bukan Islam dan mereka yang tidak berpua ...
Kementerian Pendidikan (KPM) sekali lagi menegaskan tiada penutupan kantin sekolah sepanjang Ramadan, malah menyarankan premis itu dibuka untuk menyantuni murid bukan Islam dan mereka yang tidak berpuasa.

Menterinya Fadhlina Sidek meminta semua pihak menyambut pendirian kementerian dan memainkan peranan dengan sebaiknya.

"Saya mohon memandangkan kita dah keluarkan pendirian begitu, maka diminta ibu bapa dan juga pihak sekolah untuk pantau perkara ini.. tak boleh berlaku dalam konteks kita sudah keluarkan pandangan dan saranan, tapi tak disambut oleh pihak sekolah dan ibu bapa," katanya.


Beliau ditemui pada Majlis Iftar bersama pelajar serta komuniti setempat di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

Fadhlina bersama pelajar yang hadir pada Majlis Iftar. SUMBER Harian Metro.

Fadhlina berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan supaya ada ruang untuk kanak-kanak yang tidak berpuasa untuk makan.

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, tempat itu mestilah tempat sesuai untuk mereka (murid) makan.

"Saya tidak mahu mereka makan di stor atau tempat-tempat yang tidak sesuai untuk mereka makan, yang keadaan ini mesti dipantau pihak sekolah dan PIBG," katanya.

Beliau juga menyarankan semua pihak untuk tidak memaksa murid khususnya Tahun Satu berpuasa sekiranya ia boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Katanya, terdapat murid berusia tujuh tahun yang dipaksa berpuasa di sekolah namun mengakibatkan mereka keletihan serta tidak mampu menyempurnakan ibadah itu.

"Di sekolah kena ada pantauan. Kalau guru lihat murid itu tak cukup air atau mengalami masalah kesihatan lain atau tidak bersedia untuk berpuasa, saya minta bincang dengan ibu bapa murid terbabit supaya ada proses pendidikan, (berhubung ibadah puasa) yang mereka tidak boleh dipaksa sekiranya tidak mampu.

"Ibu bapa dan guru mesti ada komunikasi bagaimana untuk mendidik proses berpuasa itu kerana perkara ini (puasa) adalah berkaitan dengan ekosistem (persekitaran) yang ia amat penting," katanya.

Sebelum ini terdapat ibu bapa yang meluahkan kekecewaan di Twitter mengenai desakan guru yang memaksa anak mereka khususnya di Tahun Satu untuk berpuasa meskipun tidak berkemampuan.


Sumber: HARIAN METRO

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote eyansss 26-3-2023 05:52 AM
akhirnya…  mostly part paksa budak darjah 1 tu….  kesian anak2 dipaksa2…  padahal puasa tu wajib untuk yang dah akil baligh…  paling sedih bila keluar news anak mati sebab dehydration…

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.033948 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top