CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UAI pandang siling bukan sebab perkara misteri tapi masalah teknikal sistem audio

25-3-2023 02:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 551| Komen: 1|Original author: Tatod


Tiada kejadian pelik ataupun perkara mistik boleh dikaitkan dengan gelagat pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang memandang siling ketika berceramah pada 7 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan seorang jemaah yang turut bersama mendengar kuliah agama UAI di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu.

Jemaah terbabit, Mohd Saifuddin berkata, tiada perkara misteri yang timbul sebenarnya sehingga wujud pelbagai dakwaan dan kritikan ke atas UAI.

Katanya, renungan Azhar ketika itu adalah disebabkan beliau mendengar gangguan teknikal kepada pembesar suara, yang menimbulkan ketidakselesaan kepada semua tetamu.

"Saya antara yang hadir duduk di sebelah meja kuliah UAI. Waktu awal ceramah, ada gangguan pada sistem audio, iaitu ia akan mengeluarkan bunyi yang tidak selesa seperti mana kalau kita menghidupkan mikrofon secara serentak.

"Kalau tak silap ada pembesar suara utama masjid terletak di atas kepala UAI. Jadi, memang tidak selesa nak mengajar bila ada bunyi itu.

"Kemudian, (lepas pandang ke atas) barulah ada ahli jawatankuasa (AJK) masjid menutup mikrofon lagi satu selepas perkara itu disedari," katanya kepada Getaran, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd menyeru agar prejudis dan spekulasi buruk terhadap UAI dihentikan, khususnya oleh masyarakat awam.

"Saya mengharapkan agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang andaian terhadap apa yang telah dilakukan oleh UAI.

"Mungkin ada sebab tersendiri dia pandang ke atas tanpa memberi alasan beliau melakukan tindakan itu. Kemungkinan ia adalah untuk menghormati AJK masjid yang telah melakukan kesilapan teknikal terhadap sistem audio," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat yang memaparkan penceramah terkenal itu telah memandang ke atas tanpa memberikan sebab kepada jemaah masjid.


Sumber: GETARAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote swateng1 27-3-2023 09:08 AM
ni aku nak berdekahhhhh...ummah tiktok ni kan semua benda nak di mistikkan.. adoi laaa. org tu pandang atas, terus laa kuar komen ORANG ALIM NI NAMPAK MALAIKAT LALU.. SEMOGA USTAZ PANJANG UMUR. JANGAN CABUT NYAWA USTAZ LAGI..  hujung2 sebab sound sistem..hahahhahahahaha

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030579 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top