Pengarah The Original Gangster (OG), Syamsul Yusof memohon agar tidak menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain terlibat dalam filem berkenaan.
Kata Syamsul, keputusan yang dibuat adalah pendirian sendiri selain hasil perbincangan dengan penerbit filem tersebut.
Dia turut meminta agar tidak meletakkan kesalahan itu kepada dua pelakonnya iaitu Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy yang turut terkena tempias ekoran kontrobersi tersebut.
"Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem OG, tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz dan Beto.
"Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini. Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon," katanya.
Syamsul menulis perkara itu menerusi Instastory.
Dia dalam masa sama memohon agar isu tersebut tidak lagi diperbesarkan dan mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala yang telah terjadi.
"Saya bertanggungjawab atas semua ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini," katanya.
Isu antara Aaron dan Syamsul mulai mendapat perhatian selepas aktor kelahiran Singapura itu mendedahkan namanya disingkirkan dari barisan filem tersebut meskipun sudah menerima skrip dan menjalani latihan.
Syamsul bagaimanapun mendedahkan punca Aaron disingkirkan adalah kerana faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan dialami pelakon itu.
Sumber: IG Syamsul Yusof, mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My