CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami jangan lupa beri nafkah tambahan untuk isteri melawa

25-3-2023 12:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 444| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Suami jangan lupa beri nafkah tambahan untuk isteri melawaPenyanyi,Erna Elliyana mengingatkan kaum lelaki yang sudah bergelar suami untuk memberi nafkah tambahan kepada isteri supaya mereka dapat menj ...
Suami jangan lupa beri nafkah tambahan untuk isteri melawa


Penyanyi, Erna Elliyana mengingatkan kaum lelaki yang sudah bergelar suami untuk memberi nafkah tambahan kepada isteri supaya mereka dapat menjaga penampilan diri.

Erna yang sudah 11 tahun melayari bahtera perkahwinan turut mengingatkan diri supaya mengutamakan keharmonian rumah tangga dan memastikan keperluan suami terjaga.

"Suami kalau hendak lihat isteri sentiasa cantik, kena beri nafkah lebih. Supaya kaum isteri boleh 'merias', melawa diri sendiri. Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana itu adalah lubuk rezeki anda.

"Saya dulu masa kenal dengan suami, kulit memang agak gelap. Saya pernah tanya, kenapa nak kahwin dengan saya, bukan cantik sangat pun, Tetapi dia cakap, cinta kerana saya ada otak," katanya.


Dalam pada itu, Erna yang juga pengasas Kamya Glow turut memberi pandangan peribadi terhadap isu 'penyondol' yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

"Nak beri komen, seram sejuk rasanya tapi tidak ada kena mengena dengan diri sendiri ya. Minta jauh. Alhamdulillah, Tuhan masih jaga rumah tangga kami daripada perkara itu.

"Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan perkara itu berlaku bererti sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat

"Saya selalu amalkan doa untuk menjauhkan saya dan keluarga daripada maksiat. Tak mahu rasa lazatnya melakukan maksiat," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-3-2023 11:36 AM
sape nih??
Quote rogayahtop 26-3-2023 05:09 AM
idok le  nak melawo. dah kertu ni beli la SKII pun idoknya ghope balik jd mcm zaman student.
Beli baju baru pun sakit hati  tgk kualiti. Baik simpan duit dlm bank rakyat  
Quote putu 25-3-2023 03:58 PM
Penyanyi apa plk ni??? Pnyanyi mjlis kwin, reunion???
Quote Perawankota 25-3-2023 03:25 PM
Ni penyanyi baru or penyanyi zaman 90an
Quote Cenderakirana9 25-3-2023 01:29 PM
Penyanyi? Baru ke?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.028646 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top