CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawang Holland makin mahal, harga naik sampai RM56!

25-3-2023 09:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 253| Komen: 0|Original author: Tatod

Gambar hiasan


Peniaga Peniaga bazar Ramadan berharap pembeli dapat memahami situasi yang dihadapi mereka apabila terpaksa menaikkan harga makanan bagi menampung kos berikutan kenaikan harga bahan mentah.

Tinjauan Harian Metro sekitar bazar Ramadan di sini, mendapati beberapa makanan popular seperti martabak dan ayam golek selain kuih-muih tradisional mengalami kenaikan harga antara 50 sen sehingga RM2.


Peniaga martabak, Saidi Ismail, 56, berkata peniaga kini tersepit antara menjaga hati pelanggan dan mendapatkan keuntungan.

"Memang kami sedar keputusan menaikkan harga makanan yang dijual bukan langkah terbaik namun kami tiada pilihan memandangkan harga bahan mentah yang digunakan naik mendadak.

Sumber Harian Metro

"Sebagai contoh, satu kilogram (kg) bawang Holland naik daripada RM20 tahun lalu kepada RM56 tahun ini, daging kisar daripada RM13.50 tahun lalu naik kepada RM21 sekarang dan sepapan telur daripada RM8 naik kepada RM13.

"Malah, kadar sewa tapak bazar Ramadan juga naik sebanyak RM100 daripada RM800 tahun lalu kepada RM900 pada tahun ini," katanya ketika ditemui di sini, petang kelmarin.

Katanya, berikutan kenaikan kos, dia terpaksa menaikkan harga martabak daripada RM10 kepada RM12 pada tahun ini.

Peniaga lain, Azman Abdullah, 43, pula berkata, sepanjang berniaga ayam golek sejak 2006, dia tidak pernah menaikkan harga jualan namun terpaksa berbuat demikian tahun ini untuk menampung kos.

"Hampir semua bahan mentah yang digunakan naik harga seperti ayam daripada RM8 naik sehingga RM10 seekor, serbuk kunyit daripada RM36 kepada RM49 untuk tiga kg, serai naik RM1 menjadi RM9 untuk 100 batang dan halia juga naik daripada RM6.50 kepada lebih RM8 untuk satu kg," katanya.

Katanya, pada tahun ini dia menjual ayam golek dengan harga RM25 seekor iaitu kenaikan sebanyak RM1.

Sementara itu, peniaga kuih-muih, Noraini Abdul Razak, 35, berkata kebanyakan kuih yang dijual dihantar oleh orang lain namun ada juga sebahagiannya dibuat sendiri.

"Kenaikan harga telur, tepung dan minyak masak menyebabkan pembekal menaikkan harga kuih-muih antara 50 sen hingga RM1.

"Memang ada tekanan kepada kami golongan peniaga kerana jika mahu menaikkan harga terlalu tinggi takut tidak laku," katanya.


Sumber: HARIAN METRO




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.103289 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top