Berdekad lamanya, fenomena 'air terjun berdarah' atau Blood Falls di Antartika menjadu misteri dalam kalangan penyelidik.
Turut dikenali sebagai Glasier Taylor, fenomena ais berwarna merah yang terletak di Lembah Kering McMurdo itu pertama kali dikesan pada tahun 1911.
Keadaannya telah menjadi tanda tanya dalam kalangan para saintis malah banyak teori dikemukakan berhubung punca fenomena semula jadi itu.
Akhirnya, penyelidik di Universiti Alaska Fairbanks berjaya merungkai misteri berkenaan.
Kajian mendedahkan laluan air merah tersebut telah berusia lebih 1.5 juta tahun dan ia berlaku kerana pengoksidaan yang berterusan selama ini.
Lembah air masin dengan kandungan besi yang tinggi menjadi punca kepada fenomena berkenaan ditambah pula lokasinya yang terperangkap dengan sedikit akses kepada cahaya atau oksigen.
Apabila aliran bersentuhan dengan oksigen di udara, ia menghasilkan karat dan secara beransur-ansur mengubah warna air.
Untuk ke lokasi Blood Falls, hanya ada dua laluan iaitu dengan helikopter dari stesen McMurdo di Amerika Syarikat, Pangkalan Scott New Zealand atau dengan pelayaran melalui Laut Ross. - CARI
Sumber: Daily Star
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My