CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa balas dendam, tayang video isteri curang pada majlis kahwin anak

25-3-2023 08:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 415| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Gambar hiasanSeorang wanita di Jepun terkejut apabila menerima hadiah perkahwinan paling ‘istimewa’ daripada bapa tirinya iaitu tayangan rakaman ibunya yang curang.Semasa majlis tersebut, pengacara ...
Gambar hiasan


Seorang wanita di Jepun terkejut apabila menerima hadiah perkahwinan paling ‘istimewa’ daripada bapa tirinya iaitu tayangan rakaman ibunya yang curang.

Semasa majlis tersebut, pengacara majlis mengumumkan bahawa Yuta, 37, menyediakan kejutan untuk anak tirinya, Momoka, 20, dan meminta tetamu melihat skrin di dewan perkahwinan.

Kegembiraan Momoka pudar selepas rakaman tersebut memaparkan ibunya, Hiroko, 41, sedang berhubungan intim dengan lelaki lain. Yuta kemudian merampas mikrofon dan berkata: “Mereka mengkhianati saya dan mempunyai hubungan sulit.”

Ternyata lelaki dalam video tersebut adalah bekas suami Hiroko, Satoshi iaitu bapa kandung Momoko. Satoshi yang berada di lokasi kejadian kemudian berlari meninggalkan dewan.

Bercerita kepada majalah An An, Hiroko memberitahu bahawa anaknya, Momoka kemudian menangis dan meraung: “Ibu saya merosakkan perkahwinan saya!”


Kata Hiroko, semuanya bermula apabila anak perempuannya memutuskan untuk berkahwin dan ingin menjemput bapa kandungnya. Pasangan itu bercerai kerana hutang yang bertimbun apabila perniagaan Satoshi gagal. 

“Kami ingin menjemput bekas suami untuk hadir sebagai bapa kandungnya dan kami bertemu di rumah saya. Sekarang dia menjadi lelaki yang berjaya semula, cinta saya terhadapnya berpuncak semula dan saya memulakan hubungan itu.

“Kami sentiasa bertemu di rumah saya dan menjadikan perkahwinan anak kami sebagai alasan. Suami saya (Yuta) sentiasa keluar bekerja dan Momoka berpindah untuk tinggal bersama teman lelakinya,” dedah Hiroko.

Hubungan itu bertahan selama beberapa bulan sehinggalah pada suatu hari Yuta mengesyaki sesuatu. Satoshi kemudian memutuskan hubungan dengan Hiroko kerana tidak mencintainya lagi. 

Hiroko menyangka hidupnya akan kembali seperti biasa setelah hubungan dengan Satoshi berakhir. Dia bagaimanapun tidak menyangka akan menerima ‘hadiah’ pada majlis perkahwinan anak perempuannya.


Sumber: KOSMO! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote intan244 25-3-2023 09:24 PM
drama sgt

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.030660 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top