Bintang media sosial, Hasbulla, 20, yang mempunyai saiz badan seperti kanak-kanak itu melayangkan tumbukan ke arah legenda tinju, Mike Tyson ketika tampil dalam sesi rakaman podcast 'Hotboxin' dikendalikan oleh bekas juara 'heavyweight' itu.
Pemuda Rusia tersebut tampil sebagai jemputan menerusi episod podcast Tyson dan kelihatan kedua-dua mereka terbabit dengan 'pergaduhan kecil' ketika bertemu baru-baru ini.
Menerusi satu video tular, Tyson dilihat mengelak beberapa tumbukan daripada Hasbulla sebelum mengangkat bintang media sosial itu dan bergurau untuk menggigitnya.
Hasbulla memiliki lebih 7.7 juta pengikut di Instagram dan mulai meraih populariti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dia sudah berpeluang bertemu dengan personaliti popular seperti Khabib Nurmagomedov, Shaquille O'Neal dan Mark Wahlberg.
Hasbulla mengalami kekurangan Hormon Pertumbuhan yang menyebabkan dia kelihatan seperti lelaki kerdil. - CARI
Sumber: DAILY STAR
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My