CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri air terjun 'berdarah' di Antartika berjaya dirungkai

25-3-2023 08:10 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 488| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Berdekad lamanya, fenomena 'air terjun berdarah' atau Blood Falls di Antartika menjadu misteri dalam kalangan penyelidik.Turut dikenali sebagai Glasier Taylor, fenomena ais berwarna merah yang terleta ...

Berdekad lamanya, fenomena 'air terjun berdarah' atau Blood Falls di Antartika menjadu misteri dalam kalangan penyelidik.

Turut dikenali sebagai Glasier Taylor, fenomena ais berwarna merah yang terletak di Lembah Kering McMurdo itu pertama kali dikesan pada tahun 1911.

Keadaannya telah menjadi tanda tanya dalam kalangan para saintis malah banyak teori dikemukakan berhubung punca fenomena semula jadi itu.

Akhirnya, penyelidik di Universiti Alaska Fairbanks berjaya merungkai misteri berkenaan.


Kajian mendedahkan laluan air merah tersebut telah berusia lebih 1.5 juta tahun dan ia berlaku kerana pengoksidaan yang berterusan selama ini.

Lembah air masin dengan kandungan besi yang tinggi menjadi punca kepada fenomena berkenaan ditambah pula lokasinya yang terperangkap dengan sedikit akses kepada cahaya atau oksigen.

Apabila aliran bersentuhan dengan oksigen di udara, ia menghasilkan karat dan secara beransur-ansur mengubah warna air.

Untuk ke lokasi Blood Falls, hanya ada dua laluan iaitu dengan helikopter dari stesen McMurdo di Amerika Syarikat, Pangkalan Scott New Zealand atau dengan pelayaran melalui Laut Ross. - CARI


Sumber: Daily Star



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote doridori_hi 25-3-2023 04:19 PM
https://youtu.be/085vQpDGZdw
Quote doridori_hi 25-3-2023 04:09 PM
Ewwww... nape aku nmpk mcm tapak pembunuhan raksasa  bila tgk  dari jauh...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077194 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top